Pages

Sunday, January 1, 2012

PAS JELASKAN ISU MADRASAH SALIHIAH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



PAS JELASKAN ISU MADRASAH SALIHIAH

Setelah dikritik hebat pihak tertentu berikutan Kerajaan Negeri bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah untuk dibangunkan Kompleks beli belah Aman Central, Kerajaan Negeri tampil mengemukakan penjelasan terhadap 10 dakwaan yang dilemparkan. Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, penjelasan dibuat supaya rakyat dapat membuat penilaian sendiri, dan tidak terpedaya dengan dakwaan yang dilemparkan atas tindakan Kerajaan Negeri.


Merujuk dakwaan yang mengatakan Kerajaan Negeri bertindak zalim kerana mahu merobohkan madrasah, Abd Ghani berkata, keputusan dibuat bukan sewenang-wenangnya, sebaliknya dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah, diketuai Mufti Kedah, Datuk Sheikh Badaruddin Ahmad.

“Majlis Fatwa bermuzakarah dan putuskan surau itu boleh dirobohkan berdasarkan kaedah istibdal, iaitu pindah wakaf kepada manfaat yang lebih baik. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) selaku pemegang amanah surau untuk dapatkan wakaf yang baru,” katanya.

Menurutnya, di lokasi yang dirobohkan pula dibina surau baru yang mampu menempatkan 400 jemaah, berbanding 200 jemaah di madrasah itu.

“Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baru diberi. Makna, roboh satu dapat dua madrasah, bukankah lebih manfaatnya,” katanya.


Dakwaan kedua kononnya Mufti Kedah dipaksa turut kehendak Kerajaan Negeri turut disangkal Abd Ghani.

“Mufti Kedah dan Majlis Fatwa berada bawah kuasa Tuanku Sultan, yang kini Yang di-Pertuan Agong, bukannya lantikan Menteri Besar. Justeru, tuduhan itu tidak berasas. Mufti juga tidak buat keputusan berseorangan tetapi secara muzakarah,” katanya.

Menurutnya, kesemua anggota Majlis Fatwa terdiri dari kalangan ulama dan ilmuan agama dan ketokohan mereka tidak wajar dipertikai.

Abd Ghani berkata, menjawab tuduhan ketiga, iaitu surau baru dalam kompleks sukar diakses, katanya, surau itu dibina di aras bawah dan boleh diakses dari luar pada bila-bila masa.

“Jika kompleks itu ditutup, orang ramai masih boleh masuk surau dari laluan lain yang disediakan. Ia juga akan menampakkan syiar sebuah surau seperti kubah dan melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat,” katanya.

Menurutnya, berbanding Madrasah Salihiah, hanya dibuka pada waktu Zuhur dan Asar, manakala pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak diimarahkan sepanjang lima waktu.

Dakwaan keempat yang mengatakan madrasah itu bernilai 100 tahun dan mempunyai nilai sejarah, Abd Ghani berkata, bangunan asal madrasah sudah diroboh pada 2007, dan bangunan sedia ada adalah bangunan baru sebagai ganti.

“Sebahagian besar bangunan adalah ruang pejabat yang disewa kepada syarikat insurans, hanya satu ruang untuk bersolat. Dianggarkan bangunan baru itu berusia empat tahun dan pampasan yang diberi dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan,” katanya.

Tiada anak kariah solat Subuh berjemaah di madrasah

Mengulas dakwaan kelima, mengaitkan seluruh bangunan madrasah sebagai rumah Allah, Abd Ghani menyangkal dan menegaskan, rumah Allah hanya untuk surau atau masjid yang menepati syarat, antaranya, tandas mesti terpisah dari bangunan utama musala, seperti mana kesemua masjid di dunia ini.

“Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang untuk surau, seperti mana status surau di bangunan lain,” katanya.

Abd Ghani turut menafikan dakwaan keenam, iaitu lebih 200 jemaah memakmurkan madrasah itu setiap waktu solat kerana didapati hanya ada beberapa rumah orang Islam berdekatan.

“Ramai yang memilih Masjid Zahir untuk tunai solat. Jika benar surau itu ada 200 anak kariah, mengapa tiada seorang pun datang solat Subuh di situ? Mereka yang demonstrasi mengaku anak kariah, tetapi mereka sebenarnya penduduk Taman Wira Mergong,” katanya.

Menurutnya, bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insurans berbanding sebuah madrasah.

Tuduhan ketujuh yang mahu ganti wakaf (surau) dibuat sekitar lokasi berkenaan, Abd Ghani berkata, cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya, bagaimana mahu memenuhi surau ganti wakaf itu kelak, sedangkan kawasan itu bukan perkampungan orang Islam.

“Bukankah lebih baik fikirkan untuk penuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang akan dibina, lebih manfaat juga kita guna pampasan bina surau baru di kawasan ramai penduduk,” katanya.

Mengulas dakwaan kelapan yang mengaitkan sebuah gereja berdekatan tidak dirobohkan, Abd Ghani berkata, gereja itu tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan.

“Jika gereja sengaja mahu dimasukkan, maka perlu buat ganti gereja dalam kompleks itu juga. Adakah rakyat negeri ini bersedia melihat sebuah gereja dalam kompleks yang sama dengan surau?” katanya.

Dakwaan kesembilan pula menyebut, mengapa beri peluang kepada pemaju Aman Central yang bukan Islam majukan ekonomi negeri?

Abdul Ghani berkata, Aman Central adalah usaha sama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan pemaju, Bellview Group, bukannya projek milik pemaju semata-mata.

“PKNK milik Kerajaan Negeri, projek ini akan beri manfaat kepada rakyat Kedah, seperti peluang pekerjaan. Realiti dunia kini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat bangunkan iktisad tanpa bantuan bukan Islam. Tidak boleh ada sikap
‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya’,” katanya.

Menurutnya, jika begitu, orang Islam tidak boleh menunaikan haji untuk elak bukan Islam yang mengusahakan kapal terbang mendapat untung.

Mengulas dakwaan terakhir, tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, rumah Allah (masjid/surau) dirobohkan untuk bina kompleks beli belah, Abd Ghani berkata, ianya tidak benar.

“Masjid Alor Malai pernah dirobohkan untuk bangunkan kompleks Al-Bukhari, yang menempatkan kompleks perniagaan. Sebuah masjid baru dibina bukan atas tapak lama, tetapi di lokasi lain dengan kaedah istibdal, sama seperti kaedah Madrasah Salihiah,” katanya.

Menurutnya, ianya tidak dijadikan isu kerana ketika itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah, dan Pas selaku pembangkang tahu hukum hakam dan tidak membantah.

“Sekarang isu Madrasah Salihiah jadi panas sebab pembangkang (BN) kini berasa lebih arif daripada ulama dalam Majlis Fatwa, dan buat pelbagai kenyataan dan dakwaan,” katanya.


ASALKAN BUKAN UMNO... SEMUA TAK BETUL.... ISHHHHHHHHHH.... USTAZ MUKHRIZ, FATHUL BARI, REEZAL MARIKAN SEMUANYA LEBIH MENGETAHUI DARI MAJLIS FATWA KEDAH..... ADUAN RAKYAT TIDAK BERSUARA KE SEMASA MASJID ALOR MALAI DI ROBOHKAN???? MASHITAH IBRAHIM BELUM LAHIR KE??? FATHUL BARI MASIH SEKOLAH RENDAH KE????  - ENTAH LAAAA.... ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)

2 comments: