السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ALOR
SETAR, 14 Jan: Negara
sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib
yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
“Justeru
itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed
Azmin Ali.
Sehubungan
itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar
Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
“Insya
Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan
Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat
ke-3 di sini, pagi tadi.
Jelasnya,
reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan
ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.
Katanya,
agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh
memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.
“Insya
Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali
memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau
dan antarabangsa,” jelasnya.
Beliau
menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan,
Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia
baru milik rakyat.
Pakatan
Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta
teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah
seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri
Azizan Razak.
“Kita
mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.
Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai
karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi
jahat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Beliau
berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara
rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.
Katanya,
konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited
dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan
dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam
kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.
“Konvensyen
ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan
Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di
ambang senjakala,” katanya lagi.
Konvensyen
ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan
Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah
negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.
“Justeru
itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada ‘gutter politics’ dan amalan kronisme serta
amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno,” ujarnya.
Tegasnya,
Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar
kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.
Pakatan
Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua
pertiga.
“Hari ini
kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang
baru selepas PRU ke 13. Cita2 ini bukan lagi diluar pencapaian
Pakatan Rakyat,” katanya.
Pakatan
Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunya substance, punyai kekuatan dan keupayaan
untuk mentadbir di Putrajaya.
Rakyat,
katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di
Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya
lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi
rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.
Tambahnya,
rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan
dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.
“Hutang
negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini
akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang,” katanya.
Setelah
itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai
barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno.
Menurutnya
lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di
bawah RM1,500 sebulan.
Beliau
menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala
mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.
Perkhidmatan
awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang
setimpal.
“Kita
menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti
penjawat awam,” katanya.
No comments:
Post a Comment