Pages

Monday, January 16, 2012

NAZRI: KELANTAN BELUM LAYAK DAPAT ROYALTY'


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




NAZRI: KELANTAN BELUM LAYAK DAPAT ROYALTY

Pembatalan Pengisytiharan Darurat yang menghadkan pemilikan minyak di kawasan perairan Kelantan masih belum melayakkan negeri itu menuntut royalti minyak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ini kerana, tambahnya, menurut undang2, selepas pengisytiharan itu dibuat, Ordinan Darurat masih terpakai sehingga enam bulan berikutnya.

Isu pertama tentang kawasan yang dianggap kawasan negeri dan kawasan Malaysia. Kalau dalam Ordinan Darurat ada tentukan had hak negeri 12 batu nautika daripada pesisir pantai negeri. Lepas daripada itu hak Malaysia.

Ini ikut Ordinan Darurat itu tepat. Sekarang sekiranya batal, apa cerita sekarang? Bawah undang2, sekiranya Ordinan Darurat dibatalkan masih ada enam bulan sebelum dikuatkuasakan atau tidak dikuatkuasakan, katanya.
NONE

Menjawab soalan dalam sebuah forum di Kota Baharu kelmarin, Nazri bagaimanapun meminta orang ramai supaya menunggu keputusan mahkamah tentang siapa yang berhak terhadap telaga minyak yang menjadi pertikaian Kelantan dan kerajaan pusat itu.

Turut terlibat sebagai ahli panel bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Rashid: Beri atas semangat 1Malaysia

Sementara itu, Abdul Rashid pula berkata, royalti sehingga RM600 juta patut diberikan kepada Kelantan atas semangat 1Malaysia.

Sebagai orang Kelantan, saya hendak kata, itu hak negeri Kelantan. Patut dapat RM600 juta. Kalau Terengganu boleh bagi, kenapa Kelantan tidak bagi? Sebagai anak Kelantan, saya kata patut diberi, katanya.

Katanya, sekiranya wang itu enggan diberikan kepada kerajaan PAS, beliau mencadangkan supaya dibentuk sebuah jawatankuasa bagi mengedarkannya demi kebajikan rakyat negeri itu.

Duit itu untuk belanja di Kelantan, Ini semangat 1Malaysia. Lebuh raya kena mari ke Kelantan, orang Umno pun naik lebuh raya juga, katanya disambut sorakan peserta dalam majlis itu.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan sama terhadap Petronas kerana didakwa melanggar kontrak kerana gagal membayar royalti minyak terhadap kerajaan Kelantan.
azlan
Kerajaan persekutuan turut memohon sebagai pencelah dalam kes itu.

SUMBER 



HA HA HA… AKU PUN TAK FAHAM LA DENGAN AKTA ORDINEN DARURAT NI… BILA IMPLEMENT LA PLAK??? KENAPA SEBELUM MAHADEY KUTTI SEKAT ROYALTI MINYAK TERENGGANU, ADA PLAK ROYALTINYA….

SABAH & SARAWAK TAK TERLIBAT DENGAN AKTA ORDINEN DARURAT YANG NAZRI NI SEBUT…. ENTAH LAA…  HE HE HE…. 


1 comment:

  1. yang paling bangang jawapan nazri...hak malaysia...malaysia tu sebelah mana ye..kelantan tidak masuk dalam malaysia ke...konfius aku...

    ReplyDelete