Social Icons

Pages

Monday, August 22, 2016

Mat Sabu Masih Malu Nak Saman Razali Pembawa Dedak RM15,000 Sebulan


Mat Sabu... Yang mendaki perjuangannya dalam PAS dengan penuh strategi...

Aku mula melihat pergerakannya dari masa beliau menentang almarhum Ustaz Abu Bakar Cik bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat lagi ditahun 80an...

Pemuda PAS Kedah telah bersetuju dengan keputusan syura meletakan Sdra Taib Hj Ahmad sebagai Ketua Pemuda PAS Kedah dan sdra Najib Fahmi Hj Yahya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah...

Apabila Mat Sabu mengumumkan bertanding KPPP, tiba2 Najib Fahmi memecah keputusan Syura dengan mengumumkan bertanding jawatan KPPK menentang Sdra Taib Hj Ahmad...

Turunlah orang2 kuat PAS Kedah seperti Chegu Abdul Wahab Abdul Rahman, Abu Kassim (Sekarang Datuk - Pengerusi Tetap PAS) dan sdra Taib Hj Ahmad membincangkan peristiwa terkini...

Aku hanya sebut 'perpecahan' PAS peringkat pemuda akan berlaku... Peristiwa ini berlaku selepas kami berjaya menyingkirkan seorang IRC yang menyamar sebagai orang PAS dok mengawal pejabat PAS Kedah di awal tahun 1987 dulu...

Apabila Mat Sabu merebut jawatan Timbalan Presiden, aku nasihatkan agar dia tidak dipilih... malangnya perwakilan lebih mempercayainya dan memberikan peluang kepadanya...

Kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan dan 3 Naib Presiden membuat Presiden PAS TGHH tersepit dalam Dewan Harian...

PAS masih dapat mengawal suasana kerana PAS masih ada Majlis Syura Ulama... MSU yang berjaya menyelamatkan serangan puak sekularisma dalaman PAS yang di ketuai Mat Sabu dari men'sekular'kan PAS dan menjadi khadam suruhan DAP...

Aku mula mengesan pergerakan dan strategi Mat Sabu untuk memusnahkan PAS sejak DS Anwar ditendang keluar UMNO dan dibebaskan dari penjara...

Aku mengesan Mat Sabu sudah mewarwarkan dalam ucapan menjadikan DAP sebagai idolanya dalam beberapa ungkapannya... malangnya ahli PAS masih terlelap dengan nyanyiannya... antaranya beliau menyebut:

Mat Sabu telah berkongsi pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008. “Ramai anak muda Melayu berjumpa saya sekarang. Dia kata Pak Mat, bilaPak Mat nak join DAP? Kalau Pak Mat join DAP, kami akan bersama…”

Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar2 yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep “CAT” (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya.

Secara terus-terang Mat Sabu berkata, pembangkang tidak boleh hanya mendakwa dirinya menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi pada masa yang sama tidak menawarkan sesuatu apabila menguasai kerajaan negeri. Mat Sabu menganggap ini adalah kehendak orang ramai, dan beliau amat bimbang seandainya PAS tidak merobah konsep ini.

Beliau enggan mengulas secara terperinci, walaupun wartawan Merdeka Review membangkitkan kerajaan negeri Kedah yang dikuasai PAS, yang kelihatan tidak mendahulukan agenda reformasi sebagaimana yang disebut di atas. Cuma, Mat Sabu mengingatkan,bahawa rata2 wakil rakyat DAP mampu mempersembahkan “kehidupan yang tidak mewah”, sebagaimana yang diamalkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Untuk makluman... Najib Fahmi Hj Yahya dah pun masuk UMNO mengikut DS Jamil Khir Baharom...

Sekarang Mat Sabu dan gengnya pun dah keluar PAS kerana perancangan ‘tak menjadi’ …

Bersyukur lah ahli2 PAS yang ikhlas berjuang tidak terus menerus terperangkap dalam percaturan parasit dalam PAS…

Mat Sabu sampai la ni tak berani menyaman Sdra Razali Abdul Rahman atas pembocoran dedak yang diterimanya sebanyak RM15,000 sebulan…

6 comments:

  1. Sepatutnya dah lama prwakilan Pas jgn pilih Mat Sabu dlm muktamar agung. Kes dgn isteri kawannya thn 90an sdh cukup utk tidak memilihnya sbagai pmimpin dlm Pas. Ambo tau kisah tu...he he

    ReplyDelete
  2. Wahai semut

    Minta diceritakan kaitan PAN IRF dgn G-25.

    ReplyDelete
  3. Salam saya ada artikel lama apa kata Muhyiddin kat Mat Sabu. Siap saya sertakan LINK lagi

    Kenyataan TSMY membidas Mat Sabu tahun 2011. Saya Percaya cakap Muhyiddin. Jadi PAN, baik kao suruh Mat Sabu berambus. Nah aku copy paste dari Malaysiakini


    https://www.malaysiakini.com/news/174322

    TPM: Mat Sabu khianati pejuang bangsa, negara

    Kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    muhyiddin yasin "Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan.

    Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu didakwa membuat kenyataan itu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Aku percaya cakap Tun Dr Mahathir yang kata DAP RASIS pada tahun 2013. Takkan Tun Mahathir bohong kot. Ni seperti keluar Sinar Harian 2013. Siap aku bagi link sekali

    http://www.sinarharian.com.my/politik/mahathir-enggan-tarik-balik-kenyataan-dakwa-kit-siang-rasis-1.155949



    Mahathir enggan tarik balik kenyataan dakwa Kit Siang rasis


    SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sekali-kali akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Lim Kit Siang seorang rasis atau memohon maaf terhadap penasihat DAP itu.

    Dr Mahathir berkata beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak sekali-kali akan menutup mulutnya.

    "Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.

    "Dah 87 tahun saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut, nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program
    Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di sini malam tadi,

    Lebih 10,000 orang hadir pada program itu. Turut sama ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga Datuk Ahmad Nawawi M Zain dan calon BN kerusi DUN Kota Anggerik, Mohd Yusof Din.

    Dr Mahathir juga menyifatkan pembangkang sebagai bongkak kerana mengeluarkan kenyataan untuk menangkap dan memenjarakan beliau walaupun belum memerintah
    negara.

    "Mereka belum jadi kerajaan dah tunjuk sikap bongkak nak tangkap orang, tunggulah sekejap... pada 5 Mei kita nak lihat siapa kena tangkap," kata Mahathir berseloroh sambil disambut sorakan ribuan hadirin.

    Menjawab suara sumbang pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa beliau masih berkempen walaupun sudah bersara, Dr Mahathir berkata, beliau berbuat demikian kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

    Beliau turut menyampaikan dua rangkap pantun, satu daripada pantun itu bernada sinis, seperti berikut: "Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan di kandung tanah, budi yang baik siapa peduli?"

    ReplyDelete
  5. Anwar Tuduh Muhyiddin Rasuah Pengundi (2009-Malaysiakini). Takkan Anwar Ibrahim bohong kot

    https://www.malaysiakini.com/news/108361

    Anwar cabar SPRM siasat janji Muhyiddin

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuah

    Sehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.

    NONE Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi.

    "Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja.

    "Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini.

    "Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.

    Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

    Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."

    ReplyDelete
  6. Tak kan mat sabu berani nak saman Razali tu...nanti bnyk lagi rahsianya terburai di mahkamah.

    ReplyDelete