Pages

Wednesday, January 11, 2012

PECAT HASAN: PAS MAKLUM KEPADA KERAJAAN SELANGOR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





KUALA LUMPUR,11 Jan:PAS telah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli PAS.

Pemakluman itu dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor jam 2.00 petang tadi.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.

Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein.
 
(Gambar: Hasan terus menyerang PAS dalam ucapan di rumahnya 
sebagaimana dipetik dari siaran tv Astro Awani)

Hasan Ali telah dipecat sebagai ahli PAS melalui satu mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat pada 8 Januari lepas.

Bagaimanapun beliau diberikan peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS dalam tempoh 30 hari bermula pada tarikh keputusan pemecatan.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membincangkan calon pengganti Hasan sebagai exco kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, Khalid telah memaklumkan, pemecatan Hasan secara dengan sendirinya mengenepikan beliau dari exco kerajaan negeri kerana dia mewakili kouta PAS dalam barisan exco itu.

Semalam Hasan telah tidak menyertai mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri atas alasan bercuti. Perkara ini disahkan oleh exco kerajaan negeri, Ronie Liu dalam sidang media yang diadakan di pejabat kerajaan negeri Selangor semalam.

No comments:

Post a Comment