Pages

Saturday, January 28, 2012

DEBAT DITUNTUT DALAM ISLAM – NAJIB NAK SOROK ‘SESUATU’???


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





DEBAT DITUNTUT DALAM ISLAM – NAJIB NAK SOROK SESUATU’???

KUALA LUMPUR: Budaya debat antara pemimpin selaras dengan tuntutan al-Quran dan menjadi tradisi kepimpinan silam tamadun dunia, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Sambil memetik Surah An-Nahl: 125, beliau berkata budaya itu lumrah ilmuan dan kepimpinan silam kerana kebenaran akan lebih terserlah dan pandangan baru dapat dicerna demi kepentingan negara dan rakyat.

Lebih penting, rakyat diberi peluang menilai secara empirikal dan adil akan ketrampilan dan keikhlasan kepimpinan yang diberi amanah mengurus negara pada masa depan.

Inilah demokrasi sebenar yang dituntut oleh rakyat, katanya pada kenyataan media, hari ini.

Dr Muhammad Nur kesal dengan keengganan Datuk Seri Najib Razak menyahut seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka mengenai isu politik, ekonomi dan kebajikan rakyat yang sedang hangat diperkata.
Pemimpin yang enggan bersemuka dan bertentang mata memberi persepsi ketidakikhlasan dan ketidakjujuran. Ia mempamer bahawa ada rahsia yang mahu disorok.

Apakah sebenarnya mahu disembunyikan dari rakyat itu?  Umno wajib menjelaskannya, kata beliau yang menganggap alasan parti itu sebagai memual dan menjengkelkan.

Beliau menyifatkan keengganan Najib berdebat adalah manifestasi dari lesunya daya fikir dan intelek kepimpinan Umno dalam politik semasa yang mengamal budaya telus dan terbuka.

Najib sebenar lebih beruntung kerana dikelilingi ratusan pegawai dan pembantu yang bersiap siaga dengan bekalan idea dan maklumat, kata beliau.

Beliau juga percaya Umno belum berhenti dari muslihatnya untuk memperbodoh dan menindas minda rakyat untuk kekal berkuasa dan meneruskan penyelewengan tanpa sekatan.

Katanya, KEADILAN kesal kerana Umno yang memerintah sejak 54 tahun lalu, menghina dan merendah2kan kemampuan rakyat Malaysia membuat penilaian.

Jika benarlah rakyat masih belum mampu menerima debat kepimpinan secara terbuka, bukankah ini  bukti kegagalan Umno sendiri? katanya.



No comments:

Post a Comment