السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
SAPA 2 BLOGGER FITNAH BAKAL DI SAMAN RM10 JUTA
Penulis
blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana
didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.
Abdul Razak
melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat
tuntutan ke atas kedua2 mereka dan juga satu notis tuntutan yang
disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.
Ketika
dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa
menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela
dirinya.
“Apabila kita menghadap seorang hakim,
kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala2nya yang
terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu,” katanya.
Notis
berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.
Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.
“Mereka memfitnah anak guam saya dengan
memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol
dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno, ” kata Netto.
Bukan kali
pertama
Menurutnya
tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul
Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan
jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.
“Beliau membekalkan rakyat negara ini
dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia,
beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang
ditawarkan itu.”
“Tetapi dengan artikel2 yang
berbaur fitnah ini, bank2 dan Telekom memanggil anak guaman saya dan
menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku,” katanya.
Netto
berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa
penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala
Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang2 itu.
“Jika menjelang akhir minggu, mereka
tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka
mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah,” katanya.
Selain
daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul
Razak menuntut untuk kedua2 mereka untuk menarik balik dakwaan
mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.
Jika tiada
reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal
minggu depan.
Papagomo
sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan
tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar. -mk
SUMBER
No comments:
Post a Comment