Pages

Friday, January 13, 2012

MENTERI KEWANGAN : NAJIB/ANWAR - WHO IS BETTER???


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





MENTERI KEWANGAN : NAJIB/ANWAR WHO IS BETTER???
 
Dapatkah kerajaan mengurangkan kadar KDNK negara yg mencecah angka 53%  pada 2010? dapatkah  kerajaan membuktikan bahawa skim ni boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara mencapai 8%utk tahun ni? 

  
DIBAWAH ADALAH SYARAT KELAYAKAN PEMOHON.

  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan2 dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana2 institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)

  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

  • Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur SARA 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.

  • Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengatakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menurunkan kadar pertumbuhan tahunan KDNK bagi tahun 2011 kepada 4.6%.  Bagi tahun 2012, MIER telah menyemak semula ramalan pertumbuhan KDNK kepada 5.0%.   Menurut RHB Research Institute, pertumbuhan ekonomi Malaysia bakal merudum kepada 3.6% pada tahun depan daripada 4.3% yang diunjur bagi tahun ini disebabkan risiko kemelesetan global double-dip yang semakin tinggi.

INILAH KENYATAAN YG TIDAK DIBERIKAN OLEH MEDIA PRO UMNO-BN

MARI KITA SEMAK BALIK TATA KELOLA SEMASA DSAI MEMEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN 1991-1997.

Sejak Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993, Belanjawan Negara telah mencatatkan lebihan setiap tahun berturut2 sehingga pemecatan beliau.  Selepas dilantik Menteri Kewangan pada tahun 1991, Anwar telah memulihkan defisit belanjawan kepada lebihan dalam tempoh dua tahun, walaupun kedudukan kewangan negara telah mencatatkan defisit berterusan selama lebih daripada 20 tahun sebelum pelantikan beliau.

Lebihan berjaya direkodkan dalam tempoh yang singkat dari tahun 1993 sehingga 1997, yang mana kadar lebihan adalah 0.2% pada tahun 1993, 2.3% pada tahun 1994, 0.8% pada tahun 1995, 0.7% pada tahun 1996 dan 2.4% pada tahun 1997. Sebaliknya, Kerajaan di bawah pimpinan Najib telah ditadbir dengan defisit belanjawan disertakan hutang Kerajaan Persekutuan yang kian meningkat.

Jika angka2 tersebut dilihat secara mendalam, jelas bahawa prestasi Anwar sebagai Menteri Kewangan adalah mengagumkan. Jumlah hutang kerajaan persekutuan sebenarnya berjaya dikurangkan dari tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas peningkatan berterusan selama lebih daripada 20 tahun. Paras hutang Kerajaan Persekutuan juga dapat dikekalkan di antara RM89 bilion dan RM100 bilion dari 1991 hingga 1997. .

Dalam era Anwar, selain peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak 4.6% pada dalam tahun pertama beliau sebagai Menteri Kewangan, serta lonjakan sebanyak 0.3% dan 14.7% pada tahun 1997 dan 1998 masing2 apabila negara dilanda krisis ekonomi, paras hutang telah menurun dengan kadar yang stabil sebanyak 1 hingga 3% setiap tahun.  Sebaliknya, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat secara pesat pada kadar lebih daripada 10% setiap tahun sejak Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2008. Hutang awam Malaysia meningkat sebanyak 12.3% atau RM44.72 bilion kepada RM407.11 bilion tahun lepas berbanding RM362.39 bilion pada tahun 2009.


NAMPAK GAYANYA PRU13 NANTI - TERPAKSA TENDANGLA MANA PATUT...

APA SALAHNYA KALAU DAH PANDAI SANGAT... RM500 TU ... BAGI JE SIJIL FD KE??? BUKU AKAUN KE??? APA-APA LAH... CUKUP 10 TAHUN.... BERANAK JADI RM50,000.... TAK NAMPAK SANGAT KERAJAAN UMNO BE END NI DESPRATE SANGAT.... HE HE HE SKIM CEPAT KAYA ALA AJI NAJIB.... HE HE HE

No comments:

Post a Comment