Pages

Sunday, January 22, 2012

PARTI ISLAM KUASAI DUA PERTIGA PARLIMEN


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




PARTI ISLAM KUASAI DUA PERTIGA PARLIMEN


22 Jan: Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti2 beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi. 

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir semalam mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi. 

Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti2 Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.

Dengan keputusan itu juga, FJP kini sudah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat. 

Wartawan BBC di Kairo, Jon Leyne dalam laporan terkininya berkata, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bagaimanapun bukan parti pemenang pilihanraya itu. Selanjutnya KLIK DI SINI

ADAKAH INI PERTANDA BAHAWA MALAYSIA JUGA AKAN MENGHADAPI SITUASI YANG SAMA SEPERTI DI MESIR, PARTI ISLAM MENANG BESAR????

SEANDAINYA INI BERLAKU, APA AKAN JADI DENGAN UMNO YANG MENGAKUI MEREKA LAH PEJUANG MEMARTABATKAN AGAMA… HE HE HE YE KE???

YA ALLAH, AKU MOHON KAU JADIKANLAH NEGERI KU INI YANG JUGA NEGERI MU SEBAGAI PARTI ISLAM MEMENANGI PRU13 NANTI SEPERTIMANA KAU BERIKAN KEPADA SEDARA2 KAMI DI MESIR, AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN… 


No comments:

Post a Comment