Pages

Monday, January 16, 2012

HASAN ALI JELAJAH DEDAH 'PARASIT' PAS???


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




HASAN ALI JELAJAH DEDAH 'PARASIT' PAS???

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tetap enggan mendedahkan kumpulan parasit dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Ihsan dari Malaysiakini.tv

Katanya, identiti kumpulan berkenaan hanya akan didedahkannya dalam program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Saya tak mahu jawab setakat ini, biar saya jawab dalam roadshow. Saya harap orang ramai akan mengikuti saya. Dalam majlis tersebut saya akan bentangkan, katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Beliau sekadar berkata, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Hasan juga mengelak apabila ditanya sekiranya kumpulan yang dimaksudkannya itu merupakan golongan Erdogan  dalam parti itu – barisan pemimpin yang lebih banyak mempunyai latar belakang profesional dan bukannya latar belakang agama.

Beliau bagaimanapun memberi beberapa petunjuk bahawa kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Hasan juga tangkas mengulas apabila ditanya mengenai kenyataan ketua umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong kegiatan gay dan lesbian. Katanya, masyarakat akan berpecah sekiranya kegiatan seperti itu dibenarkan.

Inilah sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim... Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti tolak perjuangan Anwar Ibrahim.

Misalnya gay, lesbian, homoseksualiti, transgender ini kalau nak dihalalkan di Malaysia ini, mohon dijauhkan tuhan, saya rasa masyarakat akan bergolak, berpecah dan saya nampak huru-hara berlaku.


Atas itu sajapun, jika itu sebab utama saya tidak boleh bersama Anwar, saya rasa pendirian saya sah.

PAS yang sepatutnya jadi juara sehingga ini, oleh kerana pengaruh daripada parasit ini, PAS masuk dalam kategori gagal. Ini yang ditakuti, apa pengaruh DAP, PKR dalam PAS?, soalnya.

Katanya lagi, beliau hanya akan menyertai semula PAS sekiranya parti itu dibersihkan dari golongan parasit tersebut dan parti itu memerlukan dirinya untuk usaha berkenaan.

SUMBER



HA HA HA… AKU PUN TAK FAHAM LA DENGAN MAMAT NI LA… INGAT KOT CERDIK… MAKIN TAMBAH BENGONG KE DIRI SENDIRI…. HERO MELAYU NI TAK NAMPAK SIAPAKAH BONDA KEPADA SEKSUALITI SEBENARNYA????? HE HE HE


APA YANG AKU NAMPAK IALAH HATI NYA TELAH DITUTUP DARI MELIHAT SITUASI SEBENAR. APA YANG ADA IALAH DENDAMAN DARI HATI YANG KOTOR TERHADAP ANWAR IBRAHIM….



APA YANG DIA FAHAM DENGAN UNDANG2 LAPOK YANG DIMAKSUDKAN???? UNDANG2 LAPOK YANG DISEBUTKAN OLEH ANWAR IALAH UNDANG2 RIMBA YANG MENEKAN DIRINYA SELAMA 12 TAHUN DARI 1998 SEHINGGA SEKARANG… APA YANG DIMAKSUDKAN ANWAR IALAH UNDANG2 LAPOK IALAH MENGGUNAKAN SEMUA SISTEM PERUNDANGAN UNTUK MEMBINASAKAN DIRINYA DAN ORANG2 YANG TIADA CABLE, CONNECTION DAN TIADA KEMAMPUAN KEWANGAN….

HASSAN ALI TELAH BUTA & KECEWA KERANA MATLAMATNYA MENGHANCURKAN PAS TIDAK SEMPAT DICAPAINYA. HASSAN ALI ADALAH AGEN UMNO BE END UNTUK MENAHAN KEMARAHAN PR DARI MEMENANGI PRU 13….

HASSAN ALI MASIH MENGATAKAN DIA DALAM TEMPOH EDAH. DIA MENUNTUT TEMPOH 3 MINGGU LAGI. HE HE HE DIA TAK SEDAR DIA DIPECAT SECARA SERTA MERTA. APA TEKNIKAL. DIA MENGATAKAN PAS YANG TERGESA2….

HASSAN ALI SUDAH TIDAK TAHU DOSA PAHALA LAGI KERANA NAFSUNYA SEDANG MENYESATKAN DIRINYA……

No comments:

Post a Comment