Pages

Saturday, January 14, 2012

IMAM DIPECAT TURUNKAN POTRET NAJIB


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




PERLING, 11 Januari 2012: Seorang imam di Masjid Jamek Taman Perling dipecat dari jawatan sebagai seorang imam selepas menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam masjid berkenaan.


Imam yang bernama Abd Hafidz yang berumur diawal 20 an dipecat serta merta dari tindakan berani beliau tersebut. Menurut beliau, tujuan gambar Najib itu diturunkan kerana masjid merupakan tempat beribadat dan bukannya tempat untuk berpolitik. Jesteru itu menurut beliau tidak wajar potret Najib berada di dalam kawasan masjid.

“Tindakan ini mengikut arahan daripada Jabatan Agama Johor yang melarang politik dibawa masuk ke dalam masjid. Najib bukanlah ahli agama dan imam masjid. Jelas beliau adalah ahli parti politik”, jelas beliau lagi.

Segala hujah yang diberikan oleh imam ini tidak diendahkan oleh ahli jawatankuasa masjid yang kebanyakkannya cenderung kepada UMNO. Abd Hafidz juga melahirkan rasa kecewa apabila terdapat ahli jawatankuasa yang gagal melaksanakan tugas seperti dijadual tidak diambil tindakan sebaliknya beliau menjadi mangsa politik mereka.

No comments:

Post a Comment