Pages

Sunday, January 15, 2012

IBRAHIM ALI TAWAR ELAUN MP BURU DALANG LETUPAN 9 JAN


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




IBRAHIM ALI TAWAR ELAUN MP BURU DALANG LETUPAN 9 JAN

NONEPresiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaunnya sebagai ahli parlimen untuk membantu mengesan dalang letupan bom ketika perhimpunan di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari lalu.

Dalam SMSnya kepada akhbar Sinar Harian hari ini, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas dari Pasir Mas, mengalu2kan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

“Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok ahli parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000.

“Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana2 individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat,” katanya dalam SMS tersebut.

Menurut Sinar Harian, buat masa sekarang, anggota Dewan Rakyat menerima elaun bulanan asas sekitar RM6,500. Selain itu, mereka juga layak menerima elaun lain seperti hiburan, pengangkutan dan telefon.

Secara total mereka akan menerima dalam lingkungan RM13,000. Sementara itu, Bernama melaporkan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tiga letupan tersebit supaya menyalurkannya kepada polis untuk membantu siasatan.  
  
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai oleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-470 8946, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di talian 03-2146 0584/0585, dan Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 dan 03-2266 3444.

Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku di perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.   

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.


HA HA HA… IBRAHI MALI PERIHATIN DENGAN KUASA DUIT NYA… HE HE HE…. 

No comments:

Post a Comment