Pages

Wednesday, August 31, 2016

Apalah erti nya seorang HAMBA ALLAH kalau serupa mayat berjalan


Umat Islam di hari ni kebanyakannya buih... Nampak cantik, bersinar ceria.

Tetapi bila terkena pancaran matahari... Hilang terus dari pandangan mata...

Mereka menzahirkan keIslaman mereka, berhujah berdalilkan syar'ei, menolak ajakan untuk bersatu di bawah panji² Islam kalimah syahadah...

Mereka diasuh supaya menjuraikan Islam, menjuzuk²an Islam menurut kehendak kefahaman Yahudi & Nasoro...

Mereka pula mempertahan kefahaman barat yang mereka pelajari tanpa sedar...

Mereka mengutip ayat² Allah dan hadis² Nabi saw apa yang bersesuaian dengan kehendak mereka dan yang disukai sahaja...

Perpecahan yang mereka sukai, istiqamah yang mereka benci...

Kata orang² tau...
Bila berhujah tanpa fakta itulah AUTA...
Bila berhujah tanpa ilmu itulah LEMBU...
Bila berhujah tanpa hadis² dan ayat2... itu lah MAYAT...

Apalah erti nya seorang HAMBA ALLAH kalau serupa mayat berjalan...

نعوذ بالله من ذالك

Tuesday, August 30, 2016

Husam Sudah, Mahfuz Bila Lagi???


Dah lama dah dok teghebang macam wau putuih tali…

Dok gila teghebang tak tentu hala tuju… sat kata dok ngan UMNO… sat kata dok ngan PAN… sat tu pulak dok ngan Bersatu…

Ni pun penyakit gila jenis yang boleh goi sekali dengan gila isim dan gila meghoyan...

Husam dah tak leh kelupog dah… kata 3 bulan lagi nak buat kejutan… dia sendiri dah terkejut dengan diri dia…

Tu namanya tak dak pendirian… Hang bila pulak Mahfuz??? Jangan tersangkut kat wire letrik dah lah… bukan apa takut renting sendirian…

Hang nak tunggu apa lagi… orang dah nampak hang pun jenis orang perasan hebat... Hang nak ikut Mat Sabu yang ngaku dirinya GILA kalau dia keluar PAS... Hang pi la lekas2

Biar PAS bersih dari parasit desparados dalaman…

Hang tunggu Bersatu lulus kot…

Betul Ke ATGNA Akan Ikut Husam Masuk PAN???



Betul la agaknya orang2 tau berkata... Gila ada 44 jenis...

Gila jenis ni yang dok jual nama orang yang dah meninggal merestui tindakan dia...

Gila jenis ni tak sedar yang masa orang yang meninggal tu masih hidup... dia dah dipinggirkan... dia tak dah ditolak jadi eksko... MB??? Lagi jauh la...

Gila hak paling terok ialah gila jenis perasan dia sorang je hebat...

Gila hak ni bukan ada ubat... hang jampi ayag yasin malam jumaat pun tak boleh baik nyer... 

Gila jenis ni dia boleh gaul sekali dengan gila isim dan gila meroyan...

Bukan Tampoi, bukan Tanjung Rambutan tempat berubatnya... bukan… bukan....

Biag pi kat dia... Bila orang dah nampak dia orang gila... orang biar jer kat dia... macam hak sorang tu... yang ngaku dirinya GILA kalau dia keluar PAS...

Bezanya sikit... hak ni GILA dulu baru masuk PAN... kikiki...

Mercu Tanda Mengenang Bah Kuning


TUGU PERINGATAN BANJIR KUALA KRAI (TPBKK)

1) TPBKK telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan pada tanggal 25 Zulkaedah 1437 bersamaan 28 Ogos 2016 pada jam 12.00 tengahari di Tapak Monumen Banjir, berhadapan Stesen Caltex Guchil, Kuala Krai. 

2) Pembinaan TPBKK ini selain ianya menjadi mercu tanda bagi mengenangkan sejarah terjadinya bah kuning, ia juga suatu manifestasi ucapan terima kasih kepada semua agensi, NGO, Badan Korporat, mahupun orang perseorangan yang telah membantu mangsa bah kuning.

3) Semua kos pembinaan TPBKK sebanyak RM60 ribu telah dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA). Seterusnya Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Majlis Daerah Kuala Krai menjadi pelaksana bagi pembinaan TPBKK tersebut.

4) Pembinaan TPBKK langsung tidak menggunakan dana daripada Kerajaan Negeri sebagaimana dakwaan yang tidak berasas dan mengelirukan rakyat yang disebar melalui media sosial. Kos yang disebar juga adalah tidak benar disamping tohmahan berat kepada pemimpin Kerajaan Negeri hasil pembinaan TPBKK tersebut.

~Mohd Asri Mat Daud
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan

Perutusan Kemerdekaan 2016 Dari Presiden PAS



*PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2016*

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT:
“Dan Kami tidak mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui” - Surah Saba’: ayat 28

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi untuk tahun ke 59 pada tahun ini. Sambutan kemerdekaan kali ini disambut dengan pelbagai rencah warna suka duka yang melanda negara kita dan dunia keseluruhannya.

Negara kita telah melalui tempoh penjajahan yang panjang selama hampir 450 tahun dibawah pelbagai kuasa penjajah sehingga terbentuknya Malaysia pada 1963. Sepanjang tempoh ini telah menyaksikan kebangkitan pelbagai golongan rakyat menentang penjajah terutamanya ulamak. 

Perjuangan tokoh-tokoh ulamak hebat mewarnai perjuangan seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Dr Zulkifli Mohamad dan ramai lagi. Marilah kita bugarkan kembali semangat perjuangan mereka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam yang menyelamatkan.

59 tahun adalah satu tempoh kemerdekaan yang panjang dan cukup untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan disegani. Namun realitinya hari ini, negara dihambat dengan pelbagai masalah yang mencengkam rakyat seperti kos sara hidup yang membebankan, ekonomi yang lemah, keselamatan, perpaduan kaum yang semakin rapuh dan berbagai masalah lain. Maka di kesempatan ini PAS ingin menawarkan penyelesaian Islam yang telah terbukti memberikan keadilan dan keamanan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di sepanjang sejarah Tamadun Islam yang memerintah sebahagian besar dunia selama ribuan tahun.

Sempena sambutan kemerdekaan negara kali ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama PAS dan keadilan Islam di atas semangat ukhuwwah ke arah membina Malaysia yang lebih baik dengan petunjuk dari Allah Tuhan sekalian alam.

*“Inilah Penyelesaian Kita”*

*ABDUL HADI AWANG*
*PRESIDEN PAS*
_27 Zulkaedah 1437H / 30 Ogos 2016M_

Sunday, August 28, 2016

Mati Dalam Politik Tak Mati Katak Ke??? Mulia Setaraf Dengan George Washington tuuu


Mati dalam politik lebih mulia dari mati katak??? 

Aduih... ajaran sesat mana plak ni??? Ajaran nasionalisma UMNO ke ni??? Berat nanang laaa


Islam mengajar ummatnya memohon kematian yang husnul khatimah, bukan dalam suu ulkhatimah...



Sanggup mati kerana seorang makhlok Allah yang berjuang atas tiket nasionalisma tu tak mati katak ke???

Lain la kalau mati kerana Allah atau kerana perjuangan Rasulullah saw...

Bapa siapa agaknya yer???
Atuk siapa agaknya yer???

Memalukan sungguh...

UMNO sudah tidak relevan lagi untuk menjaga Islam... Berapa ramai ilmuan Islam dalam UMNO seperti DS Jamil Khir Baharom, Dato Abdullah Md Zain, Mashitah Ibrahim dan lain2...

Kalau macam ni la keadaannya... roh Islam dalam UMNO sudah teramat tenat... Umat Islam di Malaysia kena mencari PAS untuk memulihkan balik aqidah Islam yang terhakis...

Tak per... Akhir hayat mu nanti... Tak dak orang hantar mu gi kubur berbikini jer

Dunia akhir zaman, ramai manusia perempuan bertudung hanya mengikuti fesyen semasa jer...

Macam² nama di beri... Ada 'bawal' dan tah apa² lagi...

Ada yang bertudung... Tapi menunjukan buah dadanya terbonjol, punggungnya yang bulat...

Ini bukan saja berlaku kepada orang awam atau artis jer, malahan pensyarah kuliah agama kat universiti bertaraf menteri pun serabai juga...

Tak per... Korang nak tutup ke, nak buka ke... Korang punya pandai laa...

Tapi bila mampus... Jangan tinggal wasiat... Hantar mu ke kubur dengan hanya berbikini...

Aku hanya berdoa agar korang dilimpahkan hidayah Allah... Dan jadi seorang muslimah yang berilmu....

Islam Sentiasa Di Tuduh Dan Di Fitnah Sebagai Rasis...


Seorang Pendeta menuduh Islam rasis. Pasalnya, Islam memperbolehkan laki2 muslim menikah dengan perempuan ahlul kitab tetapi melarang perempuan muslimah menikah dengan laki2 ahlul kitab.

Dituduh seperti itu, Imam Abu Bakar Al-Baqilani rahimahullah punya jawaban cerdas yang membuat sang pendeta terbungkam.

Berikut ini kisahnya seperti ditulis Ustadz Aan Chandra Thalib:

Imam Abu Bakar Al-Baqilani rahimahullah yang dikenal luas ilmunya bertemu dengan seorang Pendeta Keristian.

Tiba2 Pendeta itu berkata dengan nada sinis, “Kalian orang2 Islam itu rasis.”

Imam Al-Baqilani pun bertanya, “Kenapa Anda berkata seperti itu, apa alasannya?”


“Kalian membolehkan untuk menikahi wanita ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Namun, kalian melarang orang di luar Islam untuk menikahi anak2 perempuan kalian.” kata Pendeta dengan nada tinggi.

Imam menjawab, “Tenang dulu, dengarkan dulu penjelasan saya.”


“Kami menikahi wanita Yahudi karena kami beriman kepada Musa, kami pun menikahi wanita Nasrani karena beriman dengan Isa. Nah, jika kalian beriman kepada Muhammad, kami akan nikahkan kalian dengan
anak2 perempuan kami,” kata Imam Al-Baqilani sembari tersenyum.

Mendengar itu si pendeta langsung terdiam tak lagi berkata.


---------------------------------------------------

Sekarang… menuju akhir zaman… menuju kepada janji Nabi saw… ‘Islam bermula ghurabak, akan kembali ghurabak’… Islam dan Gerakan Jemaah Islam bukan sahaja diserang oleh musuh2 luaran, tetapi lebih hebat diserang dari dalaman… dari anak generasi yang mengaku Islam… yang menjadi tentera2 kuffar tanpa sedar… atas dasar kejahilan dan kepentingan duniawi semata2....

Saturday, August 27, 2016

TMK Semakin Menzahirkan Dirinya Perosak Negara...



Tun Mahathir Kutti (TMK) penuh dengan rasa menyesal kononnya memohon maaf atas kebodohannya dulu (1991) kerana meminda perlembagaan…

Untuk apa dia nyesal??? Dia nyesal apa yang dipindanya sekarang dia kena telan…

Pindaan yang paling jijik ialah sebarang pindaan akan menjadi lulus setelah 2 minggu pindaan dilakukan di parlimen samada Yang Di Pertuan Agung setuju atau tidak.

Dia menjadi lupa dan lalai sebab perasan dirinya hebat… Dia ter’bodoh’ untuk menilai masa depan agama, bangsa dan Negara…

Dia ter’bodoh’ melihat penyokong ‘penyamun’ semakin ramai akan menjadikan penyamun semakin menjadi2

Apa jua kerosakan yang berlaku sekarang adalah hasil dari ‘kepintaran’ TMK lah… Selama 22 tahun sebagai PM yang ‘pintar’, dia melahirkan generasi yang akan tetap menyokong ‘penyamun’ meneruskan ‘samunan’ mereka ke atas rakyat dan negara…


Inilah kalimah keramat penjajah yang pernah menyebut “Malaysia – In Direct And Indirect Rules” membuat 
anak2  generasi Islam menjauhi al quran, hadis dan ajaran2 Islam…

Hutan Rizab Seluas Lebih 13k Ekar Di Kemasul Digondolkan…



Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri YBUstaz Rosli Abdul Jabar bersama kepimpinan PAS Kawasan Bentong telah menerjah sebuah kawasan Tanah Rizab Kemasul yang dahulunya adalah hutan rimba menghijau tetapi kini menjadi GONDOL umpama padang jarak padang tekukur.

Kawasan tersebut yang dipercayai seluas lebih daripada 13 ribu ekar didakwa oleh penduduk tempatan telah dikeluarkan hasil balak sejak beberapa tahun dahulu dan kemudiannya digondolkan dipercayai untuk tujuan pertanian skala besar.



Penduduk kampung juga mendakwa tanah tersebut kini diberikan hak pembangunan pertanian kepada tiga tauke Cina daripada Pahang dan Johor.
---------------------------------------------------

Andailah tanah rezab ni di Kelantan, aku yakin cai2 PANDAP akan berzikir tak berhenti2....


Thursday, August 25, 2016

PAS Yang Masih Kekal...


PERISAI PAS.

Sejak ditubuhkan tahun 1951 PAS telah melalui suka duka perjuangan. Travelognya amat panjang dan sangat berliku. Seumpama berjalan diatas bara api yang sentiasa membakar.

Episod fitnah terutama dari BN silih bertukar wajah, dakyah kuffar seluruh dunia diketuai Amerika Syarikat untuk memburukkan  gerakan Islam seluruh dunia turut menjala perjuangan PAS.

PAS pernah dituduh pengganas, pemecah belah, rasis, ortodoks dan macam-macam lagi, apa sahaja label yang dirasakan dapat menjauhkan masyarakat dari perjuangan PAS akan ditampal kepada perjuangan PAS.

Namun inilah PAS, perjuangannya diatas dasar Islam, perjuangan Islam itu sarat dengan ujian. Namun ini hakikat yang telah pun diterima oleh para ahli PAS, kerana orang tak masuk PAS kerana duit tapi kerana Islam.

Rasanya dah habis segala jenis dan warna stiker buruk untuk ditampal kepada perjuangan PAS, PAS tetap berkemilau tidak terjejas dengan label keji yang ditampal oleh musuhnya, tidak rebah walaupun betisnya sentiasa disepak musuh.

Dakyah berlarutan sehingga kini, daripada musuh tradisinya hingga lahir pula pembenci-pembenci baru dan terkini, membawa pelbagai persepsi kepada PAS dan juga kepimpinannya.

PAS meniti perjalanan sirah perjuangan Islam terdahulu, semua dijadikan pedoman, dos demi dos ilmu disuntik kedalam jiwa ahli PAS,  diambil setiap hari melalui program tarbiyyah menjadikan PAS sukar dijangkiti kuman yang akan mematikannya.

PAS pernah melalui zaman perpecahan ahli hingga melahirkan BERJASA, PAS digelar batu nisan kerana hanya tinggal 2 kerusi sahaja di Kelantan, tapi hanya nisan tanpa jenazah didalamnya. PAS terus bangun dan bernadi mengubat luka dan melawan arus kuasa politik Malaysia.

Kini PAS ditimpa dengan gelombang yang hampir sama, perbagai andaian dan firasat karut terhadap PAS, nakal dan sinis, juga ada yang menggoda agar orang meninggalkan PAS, cakap-cakap bahawa PAS akan berkubur kini sunyi seperti suasana diperkuburan.

Namun PAS tetap terus bergaya dipentas politik Malaysia, mentarbiyyah ahlinya untuk menyedari ketegasan berprinsip akan berhadapan dengan ujian-ujian dalam bentuk terkini, dizaman kelajuan fitnah selaju tiupan angin, berdesup digelombang maya.

Namun Islam adalah agama Allah swt, tiada yang lebih tinggi dan hebat darinya, ia mampu menepis walau selajumana pun fitnah yang datang, perisai kebal ini tidak mungkin boleh ditembusi. Berperisai dengannya akan selamat, ini janji Allah swt.

"Setiap umat ada ajalnya", manusia adalah umat, tapi Islam bukan umat, ia adalah  pelampung penyelamat, PAS jadikan Islam sebagai dasarnya dan mentarbiyyah ahlinya untuk memahami dan yakin dengannya. Dengan tarbiyyah inilah ahli PAS kenal mana yang terus selamat dan mana yang akan tenggelam.

"Aslim Taslam", ini keyakinan pimpinan dan ahli PAS, inilah tarbiyyah PAS, selagi pimpinan dan ahlinya yakin, InsyaAllah selagi itu PAS akan terus hidup, melainkan jika PAS buangkan dasar Islamnya dan ahlinya berjaya dijauhkan dari tarbiyyah, pada ketika itu kita akan saksikan PAS rebah.

Ustaz Rosli Abdul Jabbar 

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang 
ADUN Tanjung Lumpur


Sesekali Jiwa Tun Mahathir Kacau... Terus Bodoh Kena Tiu Ngan Sultan Johor....



SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya sebelum ini menyentuh konsep Bangsa Johor.

Baginda melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Mahathir dan menyifatkan kenyataan itu boleh memecahbelahkan rakyat.

“Kenyataan itu melambangkan kejahilan Mahathir terhadap sejarah Johor. Bangsa Johor diasaskan oleh moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 untuk menyatukan pelbagai kaum di negeri Johor di bawah satu bendera.

“Konsep itu ternyata berhasil kerana tiada mana-mana individu mahupun kaum yang tertinggal. Malah konsep ini lahir sebelum Tun Mahathir lahir lagi,” titah baginda memetik laporan The Star.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia dan ungkapan ‘Bangsa Johor’ sering dilaungkan itu menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.

Beliau berkata demikian pada Siri Dialog Perdana ke-20 di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Titah baginda lagi, Dr Mahathir tidak layak bercakap tentang perpaduan dan beliau sepatutnya faham setiap negeri perlu ada rasa bangga dengan negeri masing-masing namun ia tidak bermakna setiap negeri itu mahu keluar dari Persekutuan.

“Dia yang memecahbelahkan rakyat termasuk Melayu sementara saya menyatukan semua kaum termasuklah Melayu,” titahnya.

Dalam pada itu baginda menasihatkan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
------------------------------------------

Penyakit jiwa kacau Tun Mahathir semakin menjadi2... sesekali penyakit jiwa kacau menyerang, Tun Mahathir menjadi tersangat 'bodoh'...

Mangsa kebodohan Tun Mahathir... Parti Peribumi Bersatu bertemu tembok lah di negeri Johor... Kesian Tan Sri Muhyidin Yasin kan...

Tun Mahathir Dari Dulu Anti Hudud...



Tun Mahathir Kutti (TMK) semakin hari semakin kacau jiwa tuanya…

Dia dok perasan tak ada orang lain yang lebih hebat dan bijak dari dia… kerana memerintah selama 22 tahun

Berbagai2 selogan ditiupkan… dari Bersih, Cekap & Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan sehinggalah Wawasan 2020…

Kepimpinannya menjadi getir pada tahun 1987 apabila dia 
ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, dan memenangi dengan kelebihan 40+ undi undian penngundi ‘hantu’ dalam pemilihan tersebut…

UMNO yang diasaskan oleh Dato Onn di tahun 1946 pun berkubur dimahkamah pada tahun 1987…

Malaysia berPMkan 'MCA'… UMNO sudah tiada untuk menjadi leading party dalam BN…

Umno sekarang yang TMK lawan tu ialah Umno yang ditubuhkannya…

TMK dari dulu pung pang pung pang menghina dan mengkritik aTGNA untuk menggambarkan dialah sebenarnya pejuang Islam…


Dari dulu sampai sekarang ni… TMK tetap dengan fahaman sekular freemason yang menjadi teras perjuangannya… tetap anti hudud… tetap hina Islam…

Wednesday, August 24, 2016

Set2 PAN ni kalau bercakap 10… 11 tak boleh percaya…


Apa yang set2 PAN ni tak fitnah PAS????
Dituduh PAS parti mundur …
PAS parti Pantai Timur …
PAS akan berkubur sebaik sahaja PAN ditubuhkan – merayu2 dah sekarang ni…
PAS sudah tidak relevan…
PAS nak UG ngan UMNO...
PAS sudah lumpuh…
PAS parti Tok Lebai Kampong…
PAS parti Kera Sumbang…
PAS Parti Ajaran Sesat…
PAS parti makan dedak UMNO…
PAS diresapi IS…
PAS parti Taliban dan bermacam2 lagi labelan dan penghinaan…

PAN KHIANAT bawa lari kerusi dan rampas markas jadikan hak sendiri…

Lagi mau sembang kencang, tiada kulit muka rasa malu mengatakan PAN tetap menghormati PAS dan mempunyai hubungan baik dengan PAS????

Antara satu simptom orang yang langgar baiah ialah akan menjadi gila isim, cakap merapu, lidah berbelit, hilang malu, akal terencat dan tidak khuatir dosa.

Tiba2 timbul isu baiki hubungan??? Hubungan apa???
Islam tak akan digigit dua kali oleh haiwan yang sama…

Tau tau air mata buaya meleleh... PANDAP tak jadi PANDIR... Kesian kan kan kan

Memang PAN ni KAYU...
Kompom PAN ni KUALI...

Kayu atau Kuali mana ada perasaan kan…

Nak tanding 30 kerusi la...
Nak buka beratus cawangan...


Set2 PAN ni kalau bercakap 10… 11 tak boleh percaya…

Haram Undi CALUN LAKNATULLAH Termasuk Calun PAN... Jelas???


ADUN Kota Alam Shah yang Biadap!!!
Senada dgn Adun PAN...?
Penerangan Undang-Undang Islam Program 'BADUT'?

Program Taklimat dan Dialog Rang Undang2 355 telah diadakan semalam di Bandar Klang. Program itu diadakan diatas semangat perpaduan dan keterbukaan untuk menyampaikan usaha2 yang diambil demi kebaikan negara di Parlimen.

Selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, kami menjemput semua ADUN/Penyelaras di Parlimen Klang beserta Ahli Parlimen Klang.

Kami terkejut apabila respon daripada ADUN Kota Alam Shah menyatakan bahawa program kami adalah program Badut. Sebagai seorang pemimpin, segala usaha engagement berbentuk dialog dan wacana demi perpaduan haruslah menjadi agenda utama mana2 parti politik.

Jelas sekali, ADUN ini merasakan bahawa usaha dakwah untuk memperkasakan mahkamah syariah adalah kerja2 lawak dan badut. Sikap anti-agama ini menjengkelkan dan sikap beliau terhadap usaha engagement adalah bertentangan dengan norma masyarakat berdemokrasi.

Kami juga telah menjemput UMNO, mereka juga telah menghantar wakil dan tidak pula mencela dan mencerca!
Yang jelas, datang PRU14, masyarakat Islam harus menolak susuk tubuh ADUN Kota Alam Shah ini. Sikap biadap terhadap jemputan ini tidak layak bagi seorang wakil rakyat.

Haram Orang Islam undi Ganabatirao. Ini pendirian saya.

Mohd Prasad Bin Hanif
Yang Dipertua

PAS Kawasan Klang

PDRM Sepatutnya Menggunakan Akta Hasutan Ke Atas Lim Kit Siang...



Lapuran Polis terhadap tindakan Persatuan Hokkien Malaysia.

1. Merujuk kpd usaha PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA mendapatkan SEJUTA tandatangan untuk BANTAH PINDAAN RUU 355, ia telah disifatkan sebagai satu campurtangan yang melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan serta semangat RAJA BERPERLEMBAGAAN.

2. Justeru itu kami dari PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PECINTA ULAMAK (GU) @ Geng Ustaz membuat lapuran polis terhadap tindakan Persatuan Hokikien Malaysia yang boleh mengundang suasana tegang antara Agama kerana menghasut tanpa melalui proses yang sihat seperti yang sedang berlangsung di Parlimen Malaysia.

3. Kebimbangan kami ada asasnya, betapa kiranya berlaku tindakbalas dari orang awam dari kalangan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini, tentu sahaja boleh mengundang suasana tegang yang mengakibatkan ketenteraman negara terganggu.

4. Oleh itu kami (GU) ingin meminta pihak polis menyiasat langkah Persatuan Hokkien tersebut dibawah Akta Hasutan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana tindakan yang mereka ambil boleh disifatkan ingin menghasut masyarakat bukan Islam untuk menentang dan menghalang orang Islam daripada beramal dengan agamanya.

Sekian lapuran kami.

Ustaz Norazli bin Musa

Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU) @ Geng Ustaz.
-----------------------------------------------------

Apakah Islam tidak dilindungi oleh perlembagaan negara???

Apakah hak Lim Kit Siang & DAP mencampuri urusan Islam???

Apakah kerana UMNO BN, PKR, PAN & Bersatu membenci undang2 Islam, membuatkan DAP berleluasa menghasut dan menimbulkan kebencian terhadap Islam???

Pemuda PAN Tak Ada Kualiti, Wakilkan Pak Cik Ke Wacana Sinar...


Moderatornya masih belia…
PAS diwakili pemuda…
UMNO diwakili pemuda…
PKR diwakili pemudi…
Bersatu diwakili anak muda…

Mana perginya pemuda PAN???

Pemuda PAN tak dak kualiti ke sampai terpaksa guna pakcik???


Tu pun jangan… dengar ke sembang kan main lagi hebatnya…

Tuesday, August 23, 2016

Islam Sedang Di Musnahkan Di Mana Mana Dan Bila Bila...


Kurun ke 15, adalah kurun yang membuatkan ummat Islam menghadapi zaman derita dan sengsara…

Ummat Islam di serang dari berbagai2 sudut dan berbagai cara…

Mula dengan penjajahan minda, sampailah menjajah negara… Kuffar mempunyai 2 cara sahaja…
1.  Indirect Rules
2.  In Direct Rules

Indirect Rules ialah mentadbir secara melalui proksi… keputusan besar diputuskan oleh mereka, atas alasan Kuasa Vito PBB…

1. In Direct Rules, mereka memasuki sesebuah negara atas ciptaan alasan berbagai seperti :-
Iraq – diciptakan alasan seolah2 Iraq menyimpan senjata nukeliar… seluruh dunia terpedaya dengan tipuan mereka dan akhirnya Iraq tidak terdapat apa yang mereka tohmahkan…

TMK adalah antara yang menyokong Resolusi PBB bagi mengHALALkan serangan PBB ke atas Iraq…

2.  In Direct Rules berlaku selepas Iraq hancur diserang, mereka pun memilih pemimpin yang mereka latih untuk mentadbir… seolah mereka tidak terlibat… hasil mahsul negara tersebut di kaut habis2an…

Minda generasi selepas di ‘jajah’ dengan resolusi PBB akan mengenepikan Islam sedikit demi sedikit…

Kebangkitan ulama akan ditohmah, digelar dengan berbagai gelaran termasuk lah pengganas…

Dr Yusof al Qardhawi dan Dr Zakir Naik antara yang pernah di beri gelaran Tokoh Maal Hijrah pun digelar pengganas oleh negara pemberi…

Syria, bumi ambiya plak dizalimi oleh Bashir Assad… Syiah yang bersekutu dengan Iran dan Rusia, membunuh ummat Islam Syria yang kebanyakannya berfahaman Sunni atas alasan Daish mencabul resolusi PBB…

Siapa Daish??? Mereka digelar pemberontak… Kenapa mereka memberontak??? Semua sorokan asbabnya…

Sedangkan Israel tidak berhenti2 menyerang orang Palastine… Tiada suara kutukan dari pemimpin Islam… mereka seperti tikus yang menyorok dalam labu…

Tak boleh… Israel sebuah Negara yang PBB luluskan pada tahun 1948 lalu… Apa jadi dengan Palastine… ditindas sampai sekarang…

Kebangkitan Islam di Mesir… hanya setahun bertahan…

Kekuatan ummat Islam sekarang dipandang Kuffar berada di Turki… Turki mesti dijatuhkan… Turki yang berjaya keluar dari pengaruh penasihat tentera Israel sejak zaman Kamal Ataturk amat dibimbangi dengan kemajuan yang terlampau laju…

Turki tidak mempunyai hutang Negara dengan Bank Dunia seperti Malaysia. Turki selesaikan semua hutangnya… Turki berjaya meyediakan persenjataan sendiri tanpa perlu membeli dari luar… Turki tidak boros…

Hutang membuatkan negara ummat Islam akan ditindas…

Di Malaysia, pernah berlaku pembunuhan ulama di Memali pada 19 November 1985 yang lalu di zaman Tun Mahathir Kutti sebagai Perdana Menteri… TMK kata ada di China semasa kejadian pembunuhan beramai2 Memali…
  

Sekarang… penggerak Islam hanya diperingkat cerca, maki hamun dan hinaan oleh anak muda yang ngaku Islam tetapi berminda penjajah…