Pages

Thursday, January 12, 2012

NFC : ADALAH MANGSA PENIPUAN.... FAHAM?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



NFC : ADALAH MANGSA PENIPUAN.... FAHAM?

Dalam pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, beliau mengemukakan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.

“Beliau telah menghantar emel menyatakan terdapat penglibatan seseorang dalam cubaan merasuah pegawai penyiasat kes skandal NFC.”

Berikut adalah e-mail yang telah diterjemahkan..
Dihantar: Sabtu, 31 Disember 2011, 10:40 pagi
Tajuk: Sekarang NFC adalah mangsa penipuan. Faham?

Saya baru selesai makan malam bersama-sama dengan peguam yang mewakili NFC dan Dato’ Salleh, sebelum saya berlepas ke Chiangmai pada malam 22 Disember. Peguam itu baru selesai bersama-sama dengan sessi soalsiasat di antara polis dan anak guamnya. Dia memberitahu kami mengenai cerita kaki penipu ini, seorang bermulut manis yang berjaya meyakinkan pelanggannya yang tertekan untuk memberikannya wang supaya dia (Shamsubahrin) dapat mempengaruhi polis agar kurang kasar (dengan NFC) semasa soalsiasat. Sedih melihat bagaimana seseorang boleh menjadi bodoh apabila sudah tersepit.

Ia bukanlah wayang. Sekarang Dato’ NFC kita terdedah kepada dakwaan bersubahat di dalam cubaan merasuah polis. Sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis.

M
egat

Dihantar melalui Blackberry oleh Maxis

*******************************************

KEADILAN sebelum ini menggesa SPRM untuk menyiasat Dato’ Salleh Ismail dan pengurusan NFC yang berkemungkinan cuba menggunakan orang tengah untuk merasuah penyiasat dalam skandal penyelewengan NFC. Sehingga sekarang, KEADILAN masih belum menerima apa-apa maklumat yang mengesahkan bahawa satu tindakan telah diambil oleh SPRM berikutan pendedahan itu.

Hari ini, KEADILAN ingin mendedahkan bahawa gesaan untuk menyiasat Dato’ Salleh Ismail dibuat setelah mengambil kira kenyataan umum oleh salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM iaitu Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin Megat Khas melalui satu emel yang diterjemahkan lihat di atas.

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas adalah seorang tokoh yang dihormati dan menduduki banyak jawatan penting di dalam negara. Selain dari menjadi ahli Lembaga Penasihat SPRM, antara lainnya beliau juga adalah ahli Lembaga Pengarah PETRONAS, Presiden Malaysian Institute of Corporate Governance dan penasihat Bank Negara.

Beliau juga adalah bekas ADUN Kelana Jaya dan anggota Jawatankuasa Disiplin Umno di samping dikenali sebagai kenalan rapat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno melalui sumbangan beliau menjadi pengerusi jawatankuasa penganjur Tan Sri Muhyiddin Charity Golf.

Oleh yang demikian, keterangan peribadi yang dibuat oleh Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ini perlu diberi perhatian serius oleh SPRM. Apatah lagi apabila beliau menyatakan pendapatnya bahawa ada unsur rasuah dan keterbabitan Dato’ Salleh di dalam cubaan merasuah polis yang membolehkan SPRM mengambil tindakan segera ke atas perkara ini.

KEADILAN akan membuat satu laporan SPRM berkenaan perkara ini pada jam 330 petang ini di pejabat SPRM Shah Alam, agar siasatan boleh dijalankan segera.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

12 JANUARI 2012

Transkrip asal emel sila lihat di SINI




SUMBER

No comments:

Post a Comment