Pages

Saturday, January 28, 2012

SYED HUSIN SAMAN UTUSAN, ZUL NOORDIN RM10J


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



SYED HUSIN SAMAN UTUSAN, ZUL NOORDIN RM10J

Bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Saman tersebut berhubung tulisan Zulkifli dalam blognya yang mendakwa Syed Husin pernah berjumpa untuk menawarkan supaya mengosongkan kerusinya.

Turut dinamakan dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, ialah ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.
NONE     
Writ saman tersebut difailkan pagi ini melalui firman guaman Tetuan M/s Edwin Lim Suren dan Soh.

Saman itu difailkan ekoran penyiaran artikel oleh Utusan Malaysia bertajuk Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin dan satu posting dalam blog oleh Zulkifli.

Tulisan dalam blog itu, yang turut disiarkan oleh Utusan Malaysia, mendakwa Syed Husin berjumpa dengan Zulkifli dan meminta ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengosongkan kerusinya.

Jika beliau berbuat demikian, Zulkifli akan ditawarkan jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 dan RM60,000 sebulan.

Zulkifli juga mendakwa dalam tulisan blog tersebut bahawa Anwar menjanjikan pampasan yang sama kepada Syed Husin sekiranya beliau mengosongkan kerusi timbalan presiden untuk memberi laluan kepada Azmin Ali.


HE HE HE .. elok sangat la tu… Zul Kulim kan dah banyak duit… Buat laa amal jariah sama…. Kalau tak RM10juta… RM1 juta pun boleh… bukan nak habis lagi… tak banyak mana rasanya bagi Zul Kulim…

Zul boleh lah keliling kampong macam Aji Najib buat… citer kat orang jadi mangsa ka… atau macam2 stori la… Zul kan lawyer hebat…. He he he

MASALAH BESAR TUUUUUUUUUU


No comments:

Post a Comment