السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
SAMM MEMBUAT ADUAN POLIS : RUSUHAN KAUM
Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama
kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap2 dengan
pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu.
Bercakap kepada pemberita dan blogger, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis.
Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok.
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Dalam waktu yang sama Aktivist 901 juga membuat aduan polis terhadap kes yang sama kerana melihat punca2 RUSUHAN KAUM telah bermula.... Aktivist 901 mengesyakki ada dalang disebaliknya.
No comments:
Post a Comment