Social Icons

Pages

Thursday, August 25, 2016

PAS Yang Masih Kekal...

PERISAI PAS.

Sejak ditubuhkan tahun 1951 PAS telah melalui suka duka perjuangan. Travelognya amat panjang dan sangat berliku. Seumpama berjalan diatas bara api yang sentiasa membakar.

Episod fitnah terutama dari BN silih bertukar wajah, dakyah kuffar seluruh dunia diketuai Amerika Syarikat untuk memburukkan  gerakan Islam seluruh dunia turut menjala perjuangan PAS.

PAS pernah dituduh pengganas, pemecah belah, rasis, ortodoks dan macam-macam lagi, apa sahaja label yang dirasakan dapat menjauhkan masyarakat dari perjuangan PAS akan ditampal kepada perjuangan PAS.

Namun inilah PAS, perjuangannya diatas dasar Islam, perjuangan Islam itu sarat dengan ujian. Namun ini hakikat yang telah pun diterima oleh para ahli PAS, kerana orang tak masuk PAS kerana duit tapi kerana Islam.

Rasanya dah habis segala jenis dan warna stiker buruk untuk ditampal kepada perjuangan PAS, PAS tetap berkemilau tidak terjejas dengan label keji yang ditampal oleh musuhnya, tidak rebah walaupun betisnya sentiasa disepak musuh.

Dakyah berlarutan sehingga kini, daripada musuh tradisinya hingga lahir pula pembenci-pembenci baru dan terkini, membawa pelbagai persepsi kepada PAS dan juga kepimpinannya.

PAS meniti perjalanan sirah perjuangan Islam terdahulu, semua dijadikan pedoman, dos demi dos ilmu disuntik kedalam jiwa ahli PAS,  diambil setiap hari melalui program tarbiyyah menjadikan PAS sukar dijangkiti kuman yang akan mematikannya.

PAS pernah melalui zaman perpecahan ahli hingga melahirkan BERJASA, PAS digelar batu nisan kerana hanya tinggal 2 kerusi sahaja diKelantan, tapi hanya nisan tanpa jenazah didalamnya. PAS terus bangun dan bernadi mengubat luka dan melawan arus kuasa politik Malaysia.

Kini PAS ditimpa dengan gelombang yang hampir sama, perbagai andaian dan firasat karut terhadap PAS, nakal dan sinis, juga ada yang menggoda agar orang meninggalkan PAS, cakap-cakap bahawa PAS akan berkubur kini sunyi seperti suasana diperkuburan.

Namun PAS tetap terus bergaya dipentas politik Malaysia, mentarbiyyah ahlinya untuk menyedari ketegasan berprinsip akan berhadapan dengan ujian-ujian dalam bentuk terkini, dizaman kelajuan fitnah selaju tiupan angin, berdesup digelombang maya.

Namun Islam adalah agama Allah swt, tiada yang lebih tinggi dan hebat darinya, ia mampu menepis walau selajumana pun fitnah yang datang, perisai kebal ini tidak mungkin boleh ditembusi. Berperisai dengannya akan selamat, ini janji Allah swt.

"Setiap umat ada ajalnya", manusia adalah umat, tapi Islam bukan umat, ia adalah  pelampung penyelamat, PAS jadikan Islam sebagai dasarnya dan mentarbiyyah ahlinya untuk memahami dan yakin dengannya. Dengan tarbiyyah inilah ahli PAS kenal mana yang terus selamat dan mana yang akan tenggelam.

"Aslim Taslam", ini keyakinan pimpinan dan ahli PAS, inilah tarbiyyah PAS, selagi pimpinan dan ahlinya yakin, InsyaAllah selagi itu PAS akan terus hidup, melainkan jika PAS buangkan dasar Islamnya dan ahlinya berjaya dijauhkan dari tarbiyyah, pada ketika itu kita akan saksikan PAS rebah.

Ustaz Rosli Abdul Jabbar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
ADUN Tanjung Lumpur

Sesekali Jiwa Tun Mahathir Kacau... Terus Bodoh Kena Tiu Ngan Sultan Johor....



SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya sebelum ini menyentuh konsep Bangsa Johor.

Baginda melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Mahathir dan menyifatkan kenyataan itu boleh memecahbelahkan rakyat.

“Kenyataan itu melambangkan kejahilan Mahathir terhadap sejarah Johor. Bangsa Johor diasaskan oleh moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 untuk menyatukan pelbagai kaum di negeri Johor di bawah satu bendera.

“Konsep itu ternyata berhasil kerana tiada mana-mana individu mahupun kaum yang tertinggal. Malah konsep ini lahir sebelum Tun Mahathir lahir lagi,” titah baginda memetik laporan The Star.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia dan ungkapan ‘Bangsa Johor’ sering dilaungkan itu menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.

Beliau berkata demikian pada Siri Dialog Perdana ke-20 di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Titah baginda lagi, Dr Mahathir tidak layak bercakap tentang perpaduan dan beliau sepatutnya faham setiap negeri perlu ada rasa bangga dengan negeri masing-masing namun ia tidak bermakna setiap negeri itu mahu keluar dari Persekutuan.

“Dia yang memecahbelahkan rakyat termasuk Melayu sementara saya menyatukan semua kaum termasuklah Melayu,” titahnya.

Dalam pada itu baginda menasihatkan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
------------------------------------------

Penyakit jiwa kacau Tun Mahathir semakin menjadi2... sesekali penyakit jiwa kacau menyerang, Tun Mahathir menjadi tersangat 'bodoh'...

Mangsa kebodohan Tun Mahathir... Parti Peribumi Bersatu bertemu tembok lah di negeri Johor... Kesian Tan Sri Muhyidin Yasin kan...

Tun Mahathir Dari Dulu Anti Hudud...



Tun Mahathir Kutti (TMK) semakin hari semakin kacau jiwa tuanya…

Dia dok perasan tak ada orang lain yang lebih hebat dan bijak dari dia… kerana memerintah selama 22 tahun

Berbagai2 selogan ditiupkan… dari Bersih, Cekap & Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan sehinggalah Wawasan 2020…

Kepimpinannya menjadi getir pada tahun 1987 apabila dia 
ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, dan memenangi dengan kelebihan 40+ undi undian penngundi ‘hantu’ dalam pemilihan tersebut…

UMNO yang diasaskan oleh Dato Onn di tahun 1946 pun berkubur dimahkamah pada tahun 1987…

Malaysia berPMkan 'MCA'… UMNO sudah tiada untuk menjadi leading party dalam BN…

Umno sekarang yang TMK lawan tu ialah Umno yang ditubuhkannya…

TMK dari dulu pung pang pung pang menghina dan mengkritik aTGNA untuk menggambarkan dialah sebenarnya pejuang Islam…


Dari dulu sampai sekarang ni… TMK tetap dengan fahaman sekular freemason yang menjadi teras perjuangannya… tetap anti hudud… tetap hina Islam…

Wednesday, August 24, 2016

Set2 PAN ni kalau bercakap 10… 11 tak boleh percaya…


Apa yang set2 PAN ni tak fitnah PAS????
Dituduh PAS parti mundur …
PAS parti Pantai Timur …
PAS akan berkubur sebaik sahaja PAN ditubuhkan – merayu2 dah sekarang ni…
PAS sudah tidak relevan…
PAS nak UG ngan UMNO...
PAS sudah lumpuh…
PAS parti Tok Lebai Kampong…
PAS parti Kera Sumbang…
PAS Parti Ajaran Sesat…
PAS parti makan dedak UMNO…
PAS diresapi IS…
PAS parti Taliban dan bermacam2 lagi labelan dan penghinaan…

PAN KHIANAT bawa lari kerusi dan rampas markas jadikan hak sendiri…

Lagi mau sembang kencang, tiada kulit muka rasa malu mengatakan PAN tetap menghormati PAS dan mempunyai hubungan baik dengan PAS????

Antara satu simptom orang yang langgar baiah ialah akan menjadi gila isim, cakap merapu, lidah berbelit, hilang malu, akal terencat dan tidak khuatir dosa.

Tiba2 timbul isu baiki hubungan??? Hubungan apa???
Islam tak akan digigit dua kali oleh haiwan yang sama…

Tau tau air mata buaya meleleh... PANDAP tak jadi PANDIR... Kesian kan kan kan

Memang PAN ni KAYU...
Kompom PAN ni KUALI...

Kayu atau Kuali mana ada perasaan kan…

Nak tanding 30 kerusi la...
Nak buka beratus cawangan...


Set2 PAN ni kalau bercakap 10… 11 tak boleh percaya…

Haram Undi CALUN LAKNATULLAH Termasuk Calun PAN... Jelas???


ADUN Kota Alam Shah yang Biadap!!!
Senada dgn Adun PAN...?
Penerangan Undang-Undang Islam Program 'BADUT'?

Program Taklimat dan Dialog Rang Undang2 355 telah diadakan semalam di Bandar Klang. Program itu diadakan diatas semangat perpaduan dan keterbukaan untuk menyampaikan usaha2 yang diambil demi kebaikan negara di Parlimen.

Selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, kami menjemput semua ADUN/Penyelaras di Parlimen Klang beserta Ahli Parlimen Klang.

Kami terkejut apabila respon daripada ADUN Kota Alam Shah menyatakan bahawa program kami adalah program Badut. Sebagai seorang pemimpin, segala usaha engagement berbentuk dialog dan wacana demi perpaduan haruslah menjadi agenda utama mana2 parti politik.

Jelas sekali, ADUN ini merasakan bahawa usaha dakwah untuk memperkasakan mahkamah syariah adalah kerja2 lawak dan badut. Sikap anti-agama ini menjengkelkan dan sikap beliau terhadap usaha engagement adalah bertentangan dengan norma masyarakat berdemokrasi.

Kami juga telah menjemput UMNO, mereka juga telah menghantar wakil dan tidak pula mencela dan mencerca!
Yang jelas, datang PRU14, masyarakat Islam harus menolak susuk tubuh ADUN Kota Alam Shah ini. Sikap biadap terhadap jemputan ini tidak layak bagi seorang wakil rakyat.

Haram Orang Islam undi Ganabatirao. Ini pendirian saya.

Mohd Prasad Bin Hanif
Yang Dipertua

PAS Kawasan Klang

PDRM Sepatutnya Menggunakan Akta Hasutan Ke Atas Lim Kit Siang...



Lapuran Polis terhadap tindakan Persatuan Hokkien Malaysia.

1. Merujuk kpd usaha PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA mendapatkan SEJUTA tandatangan untuk BANTAH PINDAAN RUU 355, ia telah disifatkan sebagai satu campurtangan yang melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan serta semangat RAJA BERPERLEMBAGAAN.

2. Justeru itu kami dari PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PECINTA ULAMAK (GU) @ Geng Ustaz membuat lapuran polis terhadap tindakan Persatuan Hokikien Malaysia yang boleh mengundang suasana tegang antara Agama kerana menghasut tanpa melalui proses yang sihat seperti yang sedang berlangsung di Parlimen Malaysia.

3. Kebimbangan kami ada asasnya, betapa kiranya berlaku tindakbalas dari orang awam dari kalangan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini, tentu sahaja boleh mengundang suasana tegang yang mengakibatkan ketenteraman negara terganggu.

4. Oleh itu kami (GU) ingin meminta pihak polis menyiasat langkah Persatuan Hokkien tersebut dibawah Akta Hasutan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana tindakan yang mereka ambil boleh disifatkan ingin menghasut masyarakat bukan Islam untuk menentang dan menghalang orang Islam daripada beramal dengan agamanya.

Sekian lapuran kami.

Ustaz Norazli bin Musa

Presiden Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU) @ Geng Ustaz.
-----------------------------------------------------

Apakah Islam tidak dilindungi oleh perlembagaan negara???

Apakah hak Lim Kit Siang & DAP mencampuri urusan Islam???

Apakah kerana UMNO BN, PKR, PAN & Bersatu membenci undang2 Islam, membuatkan DAP berleluasa menghasut dan menimbulkan kebencian terhadap Islam???

Pemuda PAN Tak Ada Kualiti, Wakilkan Pak Cik Ke Wacana Sinar...


Moderatornya masih belia…
PAS diwakili pemuda…
UMNO diwakili pemuda…
PKR diwakili pemudi…
Bersatu diwakili anak muda…

Mana perginya pemuda PAN???

Pemuda PAN tak dak kualiti ke sampai terpaksa guna pakcik???


Tu pun jangan… dengar ke sembang kan main lagi hebatnya…