السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KARUT!!!: SAYA ‘MANGSA’ HUK HUK HUK!!!
Isteri
perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau
berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.
“Semua itu karut, dibesar2kan secara liar dan tidak benar”, katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.
“Saya selalu menjadi mangsa,” katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.
Dalam seksyen ‘Private Sydney’ akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.
Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta ‘parkir valet untuk limousinnya’ dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Berbahagialah ketika kamu masih bernafas didunia ini kpd pereka2 fitnah yg tidak berhati perut...apabila tiba waktunya dimana nafas kamu dihentikan, jgn kau lupa kerana setiap perbuatan fitnah dan adu domba yg telah kau lakukan ketika didunia, tidak akan terlepas dari azab Allah SWT....
ReplyDelete