Pages

Showing posts with label tembak. Show all posts
Showing posts with label tembak. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

IS ke Daeish Ni??? Syukurrr... Negara Masih Aman


Tembak sana, tembak sini... Polis kata penembak amatur...

18 das ditembak... katanya di Danau Kota... 

Akhir zaman ni, bukan askar ngan polis je kena tembak... kedai makan, guru, tokeh kedai emas dan yg leceh tu.. penoreh getah pun tumpang sekaki dalam senarai ....
Syukurlah... negaraku aman..

Friday, November 15, 2013

PENIAGA PASAR MALAM DI TEMBAK – SYUKURRRR NEGARA KU AMAN DAMAI


Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok, malam tadi.

KetuaJabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.


“Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Lai berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.


Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan menurutnya kes akan disiasat secara terperinci.


Sementara itu isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.


“Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya Che Muhamad Danial berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.



“Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan.