Pages

Thursday, January 5, 2012

MALAYSIA WUJUD SEJAK 1937 LAGI.. BETUL KE???

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat yang KONONNYA bermula dengan hasrat murni untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris tetapi niat jahat mereka siapa yang tahu???
Semua perancangan rapi telah disediakan bagi memperlihatkan bahawa semua kejadian berlaku seolah2 secara sendirinya. Malaysia juga tidak terlepas dari percaturan yang sudah dirancangkan. Sungguh amat meMALUkan jika kita membaca buku sejarah Malaysia yang 100% berpaksikan kepada segelintir manusia.

Mana ahli sejarah??? Profesor Kangkung seperti Zainal Keling, Ramlah Adam, Khoo Kay Khim dan Kamarudin Kachar menghilang kemana??? Kenapa mereka tidak menemui benda2 ini??? Adakah mereka bersyubhat menyembunyikan fakta????

Malaysia adalah projek KOLONIAL yang telah lama dirancangkan. Ini semua benar, seperti buku yang diterbitkan pada September 1937.
Projek Kolonial AS ini sangat rapi. Ramai yang menggelarkan sebagai projek teori DOMINO – setelah Vietnam menjadi Negara Kominis, satu demi satu negara2 di Asia Tenggara ini akan menjadi Negara Kominis. Teori ini ditulis Pak Said Zahari, dipenjara dibawah akta ISA oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun tanpa bicara – dalam buku memoirnya “Meniti Lautan Gelora”.

Antara saran projek kolonial AS ni ialah menubuhkan Negara Malaysia dengan melucutkan gagasan Melayu Raya, menggulingkan Sukarno dan menghapuskan kekuatan rakyat Indonesia yang anti penjajahan. Hari ini kita dapat melihat fakta2 ini secara terperinci dalam terbitan dokumen2 rahsia CIA ( Sila kelik Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Pholipines. Editor: Edwards C Keefer General Editor: David S Patterson, United States Governmrnt Printing Office, Washington, 2001.)

Bermula dengan cadangan penubuhan Malaysia, kemudian konfrontasi Malaysia-Indonesia, perjuangan rakyat Kalimantan Utara, serangan Indonesia ke Malaysiayang dipercayai disabotaj oleh Jeneral Suharto apabila tempat mendarat tentera payung terjun TNI dikenal pasti telah dibocorkan rahsianya atau munkin disebabkan kecekapan risikan tentera Malaysia. Seiring dengan kegagalan operasi ketenteraan Sukarno ke atas Malaysia, rentetan satu demi satu peristiwa yang akhirnya membawa rampasan kuasa oleh Jeneral Suharto, yang didokong oleh CIA, diikuti dengan pembunuhan hampir 1 juta rakyat Indonesia 1965-1966 atas alasan memerangi komunisme. Sebaliknya rejim Suharto terbukti tidak lebih sebagai rejim boneka AS.

Nama Malaysia telah wujud dalam gagasan kuasa penjajahan barat sejak dicatatkan dalam peta Sepanyol kurun ke-16. Leboh kukuh lagi, Malaysia sebagai gagasan asing kuasa imperialis AS, dicatat pada judul buku Malaysia: A Study Direct And Indirect Rules, tulisan professor Universiti Harvard merangkap penasihat luar AS, Rupert  Emerson yang jelas mengkritik pentadbiran kolonial Inggeris dalam satu gagasan geografi yang benama Malaysia, peta dan sempadan kekuasaan Negara.

Buku itu diterbitkan The Macmillan New York pada tahun 1937, iaitu tahun orangdisini sedang marak semangatnya dengan citadan hasrat Melayu Raya Nusantara, juga tahun orangdisini belum lagi memahami dan ambil peduli apakah maknanya perkataan ‘Malaysia’. Tahun tersebut juga merupakan tahun kesetiaan rakyat Tanah Melayu kepada negeri dan raja2nya, tahun Inggeris masih lagi menjajah keatas wilayah dengan nama Negeri2 Melayu Bersekutu, Negeri2 Melayu Tidak Bersekutu, Negeri2 Selat, Borneo Sabah, Sarawak dan  Brunei.

Gagasan AS tentang Malaysia sepertimana dihasratkan Rupert Emerson menjadi kenyataan pada 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama2 menubuhkan Malaysia. Brunei pada saat akhir menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal dibawah naungan jajahan British sehingga 1984. Manakala Singapura pula menyertai Malaysia sehingga tahun 1965 dan berpisah selepas itu.
Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek colonial AS juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi sebahagian Tanah Melayu sudah tidak timbul persoalan tentang Singapura akan bersatu dengan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yang gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat, kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir semua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian, cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.


Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu, TERTIPU la kita. Sudah tentulah mereka inilah yang menCATUR dan mengATUR siapa patut memerintah Malaysia dan generasi bagaimana yang akan dilahirkan oleh Negara Malaysia kelak. Apa pula cerita Bangsa Melayu????

Realitinya, Dato Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua2 British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula dihina dan dituduh talibarut British oleh UmNo.

Oleh itu, marilah kita sama2 berfikir kembali maksud petikan ucapan terakhir beliau selaku YDP UMNO pada 26 Ogos 1951 :

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah2 dan perbuatan yang mendatang kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang. Melihat gerakan dan cadangan2 yang hendak didatangkan ke atas Tanah Melayu ini. Malang, mulut saya, malang saya berkata mulut saya tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan dan tanggungan saya itu…” (Mohamed Abid, 2003 p191-192)

Apa maksudnya?

Inilah Realitinya :
1. ‘De-Islaming the Islamic belief’ melalui perkara2 mistik – menerapkan kepercayaan mistik seperti hikayat Hang Tuah, Hikayat Melayu yang dikawal oleh Orientalist.

2.  Merosakan ‘Kitab suci’ tanpa membakar tetapi melalui penyebaran ‘teori evolusi’ – idea Darwin – penyakit yang melahirkan golongan Atheist.

3.  Mereka (tidak kira apa bangsa keturunannya) yang menyerahkan segala jiwa & raganya malah kepercayaan agamanya kepada ‘MASTER’ untuk melakukan perkara di atas akan diberikan kekuasaan dan kekayaan.

Pecah, kuasai dan musnahkan kepercayaan TAUHID dan agama merupakan agenda mereka sejak bermulanya tamadun. Mereka tersorok di dalam pertubuhan rahsia dengan ahlinya tidak ramai tetapi pengaruhnya cukup kuat dan cukup hebat serta berpengaruh. Mereka datang dengan menguasai politik yang dahulunya berkhidmat untuk Empayar British. Sekarang munkin di bawah naungan Amerika, sekutu kuat England.

Walaupun pada dasarnya mereka Nampak bercakaran tetapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru dan tidak keruan. Apabila Masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan, disitulah jarum dan racum dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu system yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.

Jika tidak percaya, apakah dua berita yang paling menyemak dan mendapat tempat paling utama di Malaysia hari ini. Politik dan hiburan adalah jawapannya. Adakah mereka betul2 pedulikan kamu??? Tidak sama sekali. Apakah elemen utama dalam perancangan mereka??? Lalai dan melalaikan. Akibatnya :

























SUMBER

6 comments:

  1. HAramjadah Umno..............!!! mampuih lah kamu setelah menjadikan orang-orang beriman yang mahu menegakkan Islam sebagai musuh-musuh kamu, dan nyatalah kepada kami sebenarnya kamulah musuh-musuh kami...........

    ReplyDelete
  2. Umno lah mejahamankan bangsa melayu.Umno ialah syaitan yang paling besar yang merosaakan akidah orang melayu dan agama Islam.Wajid dihapuskan Umno untuk kembalikan akidah umat islam.

    ReplyDelete
  3. TAPI MASIH RAMAI LAGI YG BUTA DAN MENURUT TELUNJUK UMNO,
    RAMAI BEKAS PM KITA KELUAR UMNO PD AKHIR KERJAYA MEREKA..
    BUKAN MATA YG BUTA, TAPI HATI D DALAM DADA

    ReplyDelete
  4. Sememangnya manusia secara individu, organisasi, negara dan pakatan kuasa (spt Yahudi, USA, NATO dll) blh merancang dan melakarkan sejarah mengikut acuan & agenda mereka. Banyak contoh spt yg terjadi di IRAQ, MESIR, LIBYA, BOSNIA, AFGHANISTAN, USSR dan di seluruh pelusuk dunia adalah bikinan kuasa-kuasa gila dalam theori domino (sebelum Perang Dunia Kedua),Theori Unipolar,Theori X,Y dan Z, Theori Zero Sum Game dan kini Theori Globalisasi dan Liberalisasi membelenggu negara-negara Islam khususnya, sbb itu Allah berpesan melarang org2 Islam jangan bersahabat dan mengambil org2 Yahudi dan Nasrani sebagai pembantu dan penolong yg rapat. Tapi ramai pemimpin2 Islam termasuk ulamak2 yang melupakan atau menutupnya.tqvm

    ReplyDelete
  5. Moga-moga nanti sejarah ini akan diajar di sekolah supaya anak Malaysia tahu betapa penjajah tersangat jahat. Selain penjajah AS pun jahat juga.
    Pemimpin UMNO yang bermeeting-meeting dengan penjajah pun jahat juga. rupa-rupanya UMNO ada deal supaya dapat memerintah bangsa Melayu mengiku acuan penjajah.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete