Pages

Monday, October 29, 2012

SEKOLAH AGAMA RAKYAT JOHOR MEREMPAT : KENAPA UMNO BERBOHONG???


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI ABAIKAN.

Kerajaan Johor mengabaikan Kebajikan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) sehinggakan 24 daripadanya ditempatkan dipelbagaikan premis termasuk rumah kedai.

Sekolah Agama Kota Masai, Johor Bahru menyewa rumah kedai untuk menempatkan lebih 3000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah.

Ia menyebabkan suasana pembelajaran tidak selesa akibat bunyi bising daripada bengkel kereta, manakala keselamatan murid juga tiada kawalan…

Soalnya kenapa wakil UmNO yang juga dari JOHOR harus BERBOHONG????

Kenapa tidak mengatakan yang sebenarnya… menyorok seseatu out berSYUBHAT namanya…  DIMANA UNTUNG KAMU SEBAGAI SEORANG ISLAM????

ORANG JOHOR DAN SEMUA YANG NEGERI DI BAWAH KUASA UMNO BE END … NILAIKAN SEMULA SOKONGAN  KAMU… UBAH LA…. JANGAN DI BIARKAN MEREKA MENCELA AGAMA SENDIRI…….

Sunday, October 28, 2012

APA ITU POLITIK???? SALAH PENERANGAN JADI SEKULARISMA

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

POLITIK SEKULARISMA

Apa itu Politik?

Samad, berumur 10 tahun, bertanya pada Ayah Nya, “Apa Itu POLITIK?”

Ayah pun menerangkan, “Samad, Dalam Keluarga Kita, Ayah sorang yang Mencari rezeki, Ayah di panggil “KAPITALISME”

Ibu, menguruskan wang gaji ayah, bertanggunjawab mengadakan keperluan kita, Jadi ibu di panggil “KERAJAAN”

Bibik atau Orang Gaji di panggil Golongan PEKERJA

Saifool, Adik kau, Kita panggil “RAKYAT atau MASA DEPAN”

“Jadi, Samad Fikir2kan apa yang ayah terangkan tadi logic atau tidak?”

Samad pun terus pergi tidur, sambil memikirkan apa yang ayah Nya terangkan tadi. Sedang Dia berfikir, Samad terdengar Saifool menangis. Samad pun pergi melihat Saifool yg menangis kerana pampers Nya Penuh Dgn Najis. 

Samad terus ke bilek org Tua Nya, Ibu Nya Sedang Tidur Dengan Lena. 

Samad langsung ke bilik Bibik, Bilik Bibik berkunci, lalu Samad intip Melalui Lubang kunci, Samad ternampak Ayah Nya sedang “mengerjakan” Bibik. 

Samad putus asa langsung kembali ke bilik Dan trus tidur. Pagi esok Nya, Samad berkata pada Ayah Nya:,

“Ayah, saya dah faham Apa Itu Politik dan Konsep Nya sekali”. 

Si Ayah pun berkata dengan bangganya,: “Bagus2, Cuba Samad terangkan pada Ayah, menggunakan cara Samad yang tersendiri apa yang Samad FAHAM Tentang POLITIK”.

Dengan Penuh keyakinan, Samad menerangkan pada Ayah Nya:

“Sedang Golongan Kapitalisme “mengerjakan” Golongan PEKERJA, KERAJAAN lena tidur, Tidak menghiraukan Nasib rakyat yang MASA DEPAN Nya penuh dengan Najis.”

AWAS!!! JANGAN SALAH BERI PENERANGAN….  KEMBALILAH KEPADA KAEDAH2 ISLAM… BUKAN BERPAKSIKAN LOGIK AKAL SEMATA2…..

SOI LEK/JAMIL : SIAPA HEBAT DALAM AGAMA???


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

LAKONAN DITERUSKAN DENGAN JAMIL KHIR PLAK.. HE HE HE

Aku malas nak komen siapa hebat antara 2 ekor ni…

Korang piker la sendiri apa yang betul dan apa yang salah…

Apa jelas ialah provokasi agama masih diteruskan demi mengekalkan kuasa UmNo Be End bagi melangsungkan agenda Freemason di bumi bertuah ini….

Isu ini kini sedang diteruskan untuk membangkitkan kemarahan orang2 Islam Umno sendiri… terutamanya PERKASA yang telah di TEGAS kan oleh Presiden KATAK akan menyokong MCA dalam PRU 13 walaupun seluar dalam sendiri terlondeh…

KeBANGANGngan PERKASA hanya meneruskan SOI LEK bermaharajalela menghentam ulama UMNO yang dianggap BODOH dan sememangnya BODOH pun… he he he 

Saturday, October 27, 2012

BILA DI TANGKAP - SUMBANGAN DANA; TAK TANGKAP - “SENDIRIAN BERHAD”


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                                                     

DANA RM40 JUTA: K'JAAN TETAPKAN DULUAN LUAR BIASA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.

Jika tidak ditangani dengan baik, Perdana Menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu, kata bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.
 
“Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik, dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira ‘sendirian berhad’,” kata Phang berkata dengan sinis.

“Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia2 jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus. 

“Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya.”

Semasa persidangan Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak dilakukan secara telus.

Semalam, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang. – sumber


INI YANG KITA TAHU... JADI DANA SUMBANGAN.... YANG KITA TAK TAHU DAH JADI SENDIRIAN BERHAD, BERAPA BANYAK DAH???

A
LLAH MAHA BIJAKSANA DALAM PERANCANGANNYA... DOK SEBOK FITNAH SANA SINI DAPAT DANA LUAR LA, DANA SOROS LA, ALLAH LONDEHKAN UMNO BE END SENDIRI.... PADAN MUKA KORANG... ALLAH BENCI SYAITAN YANG DIKENALI...

BANK NEGARA DIGESA SIASAT 'SUMBANGAN' RM40 J

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat laporan kepada Bank Negara hari ini, menggesa bank pusat itu menyiasat hartawan balak Michael Chia dan beberapa pemimpin Umno berhubung dakwaan kemungkinan berlaku pengubahan wang haram.

Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang2 Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta “sumbangan politik”, dan mana2 pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.

Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan.
Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang2 perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara.

Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation, berikutan siasatan oleh Bank Negara. sumber


Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang2 Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta “sumbangan politik”, dan mana2 pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut.

PERKATAAN “BABI” DAN “SIAL” DI VAN SKUAD SAYANG MILIK WANITA UMNO CHERAS


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                                                
KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka.

Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.

“Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.
Kredit kepada anak sungai derhaka

“Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno,” katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut.

Zaleha berkata sebelum ini pergerakan tersebut telah disabotaj sebanyak dua kali seperti menyimbah cat merah pada pusat pergerakan itu dan menggunting kain rentang yang dipasang mereka.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. sumber


Pergerakan Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak melahirkan kekecewaannya berikutan dengan insiden Van Skuad Sayang milik mereka diconteng dengan perkataan SIAL dan BABI.

Walaupun begitu beliau tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atau lebih tepat lagi beliau tidak menuding jari kepada penyokong Pakatan Rakyat.

Bagus tu.. mungkin beliau sendiri sedar penyokong Pakatan Rakyat tak ada yang sudi nak buat kerja2 tak bertamaddun tu... malah nak menghampiri pun aku rasa ramai yang tak hingin!

Biasanya perkara macam ni terjadi disebabkan rasa tak puas hati sesama ahli UMNO.. mungkin apa yang dijanjikan tak ditunaikan kot..

Thursday, October 25, 2012

UMNO MENIKUS, DAP BELA NIK AZIZ... UMNO PEJUANG BANGSA????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

NIK AZIZ: TAHNIAH DAP BERANI BIDAS MCA


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar2 sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

“DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana,” kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai “Tok Guru”, dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai “paling biadap”.

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Loke: Surat buktikan kemurahan hati

Sementara itu, dalam reaksinya di Facebook, Loke berkata, beliau dengan rendah diri menerima surat itu dan mendoakan kesihatan Nik Aziz untuk terus memimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

“Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

“Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz.

Heng pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam – KLIK DI SINI

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. sumber

Wednesday, October 24, 2012

HARUSSANI TEGUR PEMIMPIN BIADAB... SYEKALI SYEKALA JE....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

MUFTI PERAK: JANGAN BIADAB HAL AGAMA
                                         
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara.

Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

“Inilah kelemahan kita, undang2 sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal2 yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.

Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu,” katanya.

Soi Lek sebelum ini dikritik apabila menyamakan ekonomi negara akan terancam dengan pelaksanaan hudud.

Dalam kenyataan itu, beliau mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan sekiranya undang2 dilaksanakan selain mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dilaksanakan.

 – sumber 

Kata2 tu betul. Peringatan untuk Harussani ni dan sewaktu dengannya, Fitman Allah dalam surah As Saff ayat 2 dan 3:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢)
ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٣)
“Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

Walk the talk, harussani. Dont just talk cheap.

AMAN KAH MUSA AMAN??? RM40 JUTA MENJADI PERSOALAN.....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‘KAMI TIDAK TAHU RM40J UNTUK UMNO SABAH’

Bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa pemimpin parti negerti tidak pernah mengetahui mengenai RM40 juta yang didakwa disumbangkan kepada Umno Sabah.

“Saya tidak tahu. Saya tidak pernah tahu perkara ini. Saya tidak tahu kami ada begitu banyak wang.

“Saya hanya tahu apabila ia diumumkan oleh menteri di jabatan perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sedangkan, beliau merupakan anggota majlis tertinggi Umno dan anggota jawatankuasa perhubungan Umno Sabah selama hampir 18 tahun.

Bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berpaling tadah dan menjadi MP mesra Pakatan sejak Julai lalu.


MP itu juga mendakwa, walaupun pemimpin Umno tidak mengetahui mengenai sumbangan berkenaan, wujud anggapan bahawa KETUA MENTERI yang juga ketua Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman memperolehi sejumlah sumbangan.

 – sumber 

KALAU PRU 13 DISEMBER NI... AGAK2 BN MENANG KE KALAH....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

AGIHAN PERTAMA BR1M 2.0 JANUARI 2013

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini.
  
Beliau berkata borang permohonan untuk kedua2 bantuan tunai RM500 dan RM250 boleh diperolehi bulan depan.
   
Dengan pengalaman pengagihan BR1M pertama, kerajaan percaya ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai itu dalam masa dua bulan, katanya kepada pemberita selepas membuka Alorie Cocoon Wellness Resort di sini.
   
“Kerana pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon, kami hanya akan mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan data.
   
“Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah," kata Lim.
   
“Ia akan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri dan beberapa agensi kerajaan,” katanya.
   
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September.
   
Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500 itu, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250 tersebut.

 – sumber 

Kerajaan menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini.
  
Beliau berkata borang permohonan untuk kedua2 bantuan tunai RM500 dan RM250 boleh diperolehi bulan depan.

Kalau tak jadi PRU13 Disember ni… Pemberian Januari tak masuk perancangan memancing undi PRU13 yang dijangkakan Februari 2013 nanti????

Entah la…. Banyak sungguh perangkap yang dipasang… He he he