Pages

Saturday, July 26, 2014

Hulubalang PKR Minta Penjelasan Presiden PAS




Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.



"Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rafizi dan Mahfuz diminta mengulas laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.

Khalid bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan persetujuan PKR dan DAP agar Khalid ditukar dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Web ASTRO Di Godam - Setelah Akui Beri Kontrak Pada AMDOCS




Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.



Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”.

Friday, July 25, 2014

Rusia Sangkal Tembak MH17 - Apa DALIH Ukraine & US????



Apakah ini punca MH17 di tembak??? Apakah Kerajaan Malaysia Anti Jews??? Bukankah Malaysia sedang meningkatkan nilai perdagangan dengan Israel??? Bukan kah kerajaan Malaysia amat patuh dengan arahan Obama???




Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan beberapa bukti. Bagi yang tak tengok video, boleh tengok ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa memang terdapat jet fighter yang mengekori MH17. Maruah Malaysia sekarang dah jadi kambing, kita semua kambing, sebab negara telah di kambinghitam untuk kepentingan kuasa-kuasa besar.

Semua aset yg ditunjukkan dalam gambar-gambar ni adalah milik Ukraine.



Gambar 1:

1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.

2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.

3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan beberapa buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.

4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (+ 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (
+ 82,000 kaki).

5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.

6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.

7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2

1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik sahaja kes kapal kargo AN-26 terhempas.
2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system untuk loading (Gambar 2).

Gambar 3 

1. Di kawasan berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1.

2. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dengan jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yang ada.

Gambar 4

1. Gambar kawasan sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ.
2. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
3. Pihak Russia menegaskan bahaw pihak Pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.



Alasan-alasan lain Rusia :
1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta.
5. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
6. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
7. Tiba-tiba pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.
8. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
9. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
10. Jet fighter Ukraine tiba-tiba naik ke ketinggian 10km. Di kawasan berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
11. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yang ada (+33,000 kaki) bersamaan dengan MH17 dan masuk ke laluan yang sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
12. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dengan jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
13. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dengan MH17.

 Rusia tolak dakwaan US & Ukraine :

1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa aku tak tau, sori)

2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dapat mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.
6. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
7. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
8. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
9. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
10. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
11. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.

Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia.

Apa pun... Terasa plak seperti di ambang WW3. Apakah Malaysia akan jadi seperti Poland... penyebab WW2???

Thursday, July 24, 2014

Ibrahim Ali Susun Darurat Di Selangor



Bila tengok berita ni... aku teringat peristiwa Kelantan diisytiharkan MAGERAN awal tahun 70an dulu... Peristiwa yang menggugatkan kerajaan PAS Kelantan dimusnahkan oleh provokasi darurat di Kelantan memusnahkan kerajaan Kelantan sehingga PAS tinggal 2 kerusi....

Apakah peristiwa darurat ini akan berulang di Selangor dengan krisis MB yang berlarutan??? Hanya Allah yang tahu... 

Apa pun PKR mestilah berhati2 dalam menanganani kerakusan cita2 untuk mengambil alih jawatan MB yang sedang sedia ada...

J
angan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran....



Tuesday, July 22, 2014

Tudung Tingkap/Meja Menyambut Lebaran



Semakin mendekati hari lebaran, seboklah ibu bapa, abang, kakak dan adik... sebok menyiapkan persediaannya...

Langsir ditukar baru, tudung meja ditukar baru, tudung saji ditukar baru... pendek kata semua baru la...

Dihari lebaran, masing2 dengan gembiranya melaram dengan semua yang baru... malangnya ramai anak2 gadis yang masih tak bertudung... tak menutup aurat, masih ramai parent yang pandang 'dingin' terhadap perintah Allah...

Apakah bertudung hanya untuk orang2 yang dah gayut usianya??? 

Apakah mereka tidak sedar yang mereka akan dilaknati oleh seluruh malaikat dibumi dan di langit kerana keingkaran mereka???

Adalah tidak sihat pemikiran manusia itu kalau alat perlu di tutup tapi diri sendiri atau ahli keluarga tidak bertudung...

Monday, July 21, 2014

Kazim...Kazim... Mana Hang Korek Mai Roti Jala Cicah Kari ni...




Berdakwah adalah dituntut dalam Islam... Menyampaikan sesuatu yang bukan related dengan nabi saw adalah satu "PEMBOHONGAN" dengan sengaja.

Pembohongan keatas nabi dengan sengaja... adalah menjadi kemurkaan nabi saw dan Allah swt...

Dalam sebuah hadis yang digunapakai oleh Imam Ibnu Kathir dimuqaddimah kitab tafsir Ibnu Kathir :


Musibah yang berlaku ialah apabila seorang yang diakui sebahagian masyarakat sebagai berilmu, menggunakan kedudukan mereka untuk berbohong keatas nabi... merekacipta hikayat meroyan untuk diisi kepada audien yang mengharapkan ilmu2 yang BENAR....






Sunday, July 20, 2014

Allah Akan Membantu Orang Beriman



Wahai saudara ku semua... bantulah saudara kamu yang ditindas dan diserang... sesungguhnya mereka adalah saudara seagama dengan kita...

Sempena 10 Akhir Ramadhan al Mubarak ni... tumpukan segala perhatian kepada ibadah dan doa terhadap umat Islam di seluruh dunia...

J
anganlah malu2 nak bawa qunut nazilah dalam solat2 kita... semuga Allah makbulkan doa insan2 mukmin yang ikhlas... aaminnn...

Kumpulan Pemisah, Rusia Terus Jadi Tumpuan




Media antarabangsa terus memusatkan tumpuan ke atas puak pemisah pro-Rusia yang didakwa memusnahkan bahan bukti penting di kawasan bencana pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dikuasai mereka di timur Ukraine.

Laporan rangkaian CNN mendakwa kumpulan pemberontak Republik Rakyat Donetsk itu turut mencuri bahan kemas, kad kredit dan wang dari kawasan bencana.

Selain itu, kawasan bencana itu juga telah dimasuki penduduk tempatan yang turut memindahkan mayat dan serpihan dari pesawat berkenaan, lapor Reuters. -MK-