السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
PAS MELENCONG PERJUANGAN ASAL?
Datuk,
akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong
daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak
lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini
tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang2
dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran.
Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang2 seperti saya supaya
teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.
Penyokong
PAS Tegar, Dungun, Terengganu.
PIHAK
yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan
asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai2 lagi, adalah
dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS. Tugas utama mereka adalah
untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk2kan lawannya
terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk2kan PAS?
Itulah
kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam,
selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir2 ini semakin
tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.
Sebenarnya
PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari
Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang
tidak Islam.
Bukti
yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang
perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.
Perlembagaan
PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada
Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:
(i)
Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan
yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum2nya
menuju keredaan Allah.
Di dalam
PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):
“Mengeluarkan
arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan
oleh mana2 pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta
memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak2 di dalam
Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”
Semua
yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku
penyelewengan dan kelencongan.
Pihak
yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya,
meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam2 lagi, adalah suatu
fitnah jahat yang semata2 bertujuan memburuk2kan pejuang2
Islam, yang dilakukan oleh musuh2 Islam, sepanjang zaman.
PAS
tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar2 utama perjuangannya.
Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.
Apa yang
disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah.
Maknanya sama dan tidak berubah.
Malah
menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan
Islam.
Di dalam
al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang.
Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’
sebagaimana firman Allah (mafhumnya):
“Sesungguhnya
adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang
terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur
yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu,
makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya
dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan
Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ : ayat 15)
Ketika
Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang
lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada
sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.
Biasanya,
jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan
berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah
menerima.
Apabila
ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS. Penyebar2
fitnah ke atas pejuang2 Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari
zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh2
Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih
besar.
Antaranya
dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia
gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah
berhala (Kaabah).’ Berbagai2 lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w
dan para sahabat baginda.
Oleh
yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media2 musuh Islam yang
memang itu kerja mereka.
PAS
sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul,
tanpa menghiraukan kata2 orang menentang.
Berpandulah
kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya):
“Akan
sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang2 yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa
menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata,
berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.
Artikel
di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din
yang disiarkan akhbar
Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)
No comments:
Post a Comment