السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
HARUSSANI: DAKWAAN MURTAD OLEH NIK AZIZ SATU
FITNAH KEPADA UMAT ISLAM
IPOH - Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik
Aziz Nik Mat mendakwa Umno sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam,
kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau
turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz
sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah
syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.
“Dan jika
kita menyampaikan pendapat serta mempertahan Islam, macam mana dihukum murtad?
Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan
kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam,” katanya kepada
pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang
disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Nr Nazrin Shah di sini hari ini.
Beliau
berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah
dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir
boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.
Katanya
dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk
menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti
pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila
tindakan melampaunya ditegur.
“Macam mana
dia (Nik Aziz) tuduh orang Umno semua sekali itu murtad. Apa maksud murtad yang
dia kata, kalau bersekongkol dengan kafir Harbi yang terang2
menentang Islam itu adalah kafir,” katanya.
Harussani
berkata perkelahian antara umat Islam sedang berlaku dalam masyarakat di negara
ini dan ia sesuatu yang mendukacitakan.
“Ini
sekarang berlaku dalam masyarakat kita. Politik itu politik, Islam itu Islam,
kita jangan berkelahi, di mana pun jangan berkelahi. Tapi kalau kita berkelahi semasa
sendiri, itu taksub yang diharamkan Rasulullah. Ini dipanggil asabiyyah.
“Asabiyyah
dalam kalangan orang Islam ini ada berpuak2. Berpuak dari segi
politik ini tiada apa2 selagi kita tidak memutuskan hubungan
silaturrahim. Perbezaan pendapat dari sudut syarak tidak salah, ia membawa
kemajuan. Tapi saya lihat yang berlaku dalam kalangan orang PAS, ia membawa
kebencian, mereka menghukum dan menuduh,” katanya.
Harussani
turut berkata ada sebuah hadis mengenai supaya berhati2 terhadap penyelewengan
orang alim kerana golongan itu mempunyai pengaruh dan pengikut.
“Ini kerana
yang ikut dan puja dia mesti sokong, alasannya Nabi Noh juga mendoakan umatnya
ditenggelamkan, tapi perlu ingat Nabi Noh doakan mereka yang telah tolak dakwah
Allah yang baginda bawa, tapi anak, baginda panggil,” katanya.
Terdahulu
dalam ucapannya, Harussani berkata umat Islam sedang dihancurkan oleh musuh
Islam walaupun dilakukan secara tidak berterusan namun mereka menggunakan
taktik pecah-belah menyebabkan umat bercakaran dan dibunuh.
“Dalam
negara ada orang Islam yang digelar ulama memimpin doa untuk dihancurkan sesama
Islam, di mana akhlak, iman, pegangan orang Islam pada waktu ini?” soal beliau.
Katanya
keadaan yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kejahilan tentang akidah
serta prinsip Islam sehingga ada yang berebut untuk tempat dan kerusi politik
serta kedudukan.
“Sedangkan
kedudukan yang telah diberi Allah adalah sebagai Islam kerana umat Islam adalah
sebaik2 umat,” katanya.
Beliau berkata sepatutnya solat hajat dan doa
diadakan supaya menghancurkan musuh Islam yang terang2 membunuh umat
Islam seperti di Palestin dan Rohingya.– sumber –
HARUSSANI MACAM ADA SPRING BILA UMNO TERKENA SESUATU…
NAMPAK SANGAT ULAMAK NI MENTERJEMAHKAN DIRINYA SEBAGAI ULAMA SUK… MENJADI
PERISAI DARI SERANGAN GERAKAN ISLAM…
AKU RASA DIA TAK
TERIMA APA KAH CIRI CIRI KEMURTADAN YANG ADA DALAM KITAB MUSTIKA HADIS KELUARAN
JPM TUUUU
BILA MELIHAT HUJAH CETEK BELIAU, KEMUNKINAN JUGA DIA DIANTARA YANG
MENOLAK HADIS2 SAHIH YANG MENCERITAKAN PERKARA2 YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADAH…
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH AMATLAH DIBIMBANGI….