Pages

Sunday, October 16, 2016

Apa Tujuan Rafizi The Clown Tuduh RUU355 Pecahkan PR???



Tulisan Rafizi:

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula minggu depan akan dibayangi oleh satu usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS yang kini sering dirujuk sebagai RUU355.

Pelbagai pihak mempunyai pandangan yang berbeza mengenai usul ini. Ia membawa kesan yang besar kepada negara dan rakyat sebelum ini apabila perbezaan pendapat yang (salah satunya) berpunca dari beberapa keputusan yang akhirnya dizahirkan menjadi usul RU355 ini, telah berjaya memecahkan Pakatan Rakyat.

Usul RUU355 ini tidak kurang panasnya kali ini.

Saya pasti pintu depan bangunan Dewan Rakyat akan dipenuhi dengan wartawan yang menunggu untuk menyerbu setiap seorang Ahli Parlimen untuk menanyakan sama ada mereka akan menyokong atau membangkang apabila diadakan pengundian.

Sebenarnya ramai yang salah sangka mengenai usul ini dan kesan pengundiannya jika ia dibenarkan dibentangkan di Parlimen kali ini. Salah sangka ini berpunca dari tiadanya pengetahuan mengenai Peraturan Mesyuarat yang menjadi undang2 perbahasan dan tatacara Dewan Rakyat. Jika ramai Ahli Parlimen pun kurang mahir mengenai perkara ini (lalu tidak dapat memahami kesan pembentangan usul oleh Ahli Parlimen Marang dan pengundiannya kelak), apatah lagi rakyat kebiasaan.

Begitu banyak peperangan Facebook berlaku dengan kata2 yang kesat semata2 kurangnya kefahaman mengenai Peraturan Mesyuarat ini. Begitu banyak yang prasangka terhadap orang Islam atau sesama Islam kerana tidak merujuk dahulu kepada Peraturan Mesyuarat.

Lalu apabila saya mengangkat tangan dalam satu mesyuarat minggu lalu dan merujuk perkara ini, ada yang melopong. Ada yang tepuk meja. Ada yang suruh saya diam dan duduk jauh2 kerana bimbang jika saya bercakap, ia boleh mengelirukan rakyat.

Sebenarnya seluruh negara terkeliru, sebab itu saya mahu menulis hari ini iaitu 2 hari sebelum sidang bermula.

Usul yang bakal dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang (jika ia dibenarkan) adalah untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat agar satu Rang Undang2 (mengenai menaikkan had hukuman Mahkamah Syariah) yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Marang tadi dirujuk kepada menteri yang berkenaan untuk dipertimbangkan.

Perhatikan saya “bold” dan saya “gariskan” dua perkataan – “dirujuk” dan “dipertimbangkan”.

Untuk usul itu dibentangkan, ia mesti mendapat kebenaran dari kerajaan. Maknanya ia mesti mendapat kebenaran dari Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan. Kebenaran ini selalunya dizahirkan dalam bentuk keizinan yang diberikan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal parlimen (sekarang ini ia dipegang Datuk Azalina Said Othman).

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak membenarkan, maka usul boleh dibentangkan dan dibahaskan.

Katakanlah usul diberi kebenaran oleh Perdana Menteri dan ia dibahaskan. Setelah dibahaskan maka berlaku pengundian.

Ramai yang menjangkakan akan tonggang terbaliklah Dewan Rakyat jika ia sampai ke peringkat pengundian, kerana jika ia diluluskan maka terlaksanalah hudud di Malaysia. Yang tidak setuju berpandangan ini satu bahaya yang kita mesti hentikan. Yang bersetuju menegaskan kalau tidak setuju maka orang itu menolak Islam.

Hakikatnya jauh panggang dari api, jauh undang2 dari 1MDB (pepatah kedua saya tambah sendiri).

Sekiranya selepas dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, usul RUU355 itu diundi dan diluluskan – jauh lagi perjalanannya sebelum hukum hudud hatta menaiktaraf mahkamah syariah berlaku.

Sebabnya ialah pengundian yang dibuat selepas pembentangan dan perbahasan usul Ahli Parlimen Marang itu hanyalah bertujuan untuk mendapat persetujuan Dewan Rakyat untuk merujuk rang undang2 itu kepada menteri yang bertanggungjawab untuk dipertimbangkan.

Selagi menteri yang bertanggungjawab tidak kembali untuk membentangkan rang undang2 itu sebagai rang undang2 kerajaan dan dibahaskan kembali, maka undi yang dibuat susulan dari usul Ahli Parlimen Marang itu tidak lebih dari menyatakan sokongan moral tanpa ada kesan undang2.


Saya percaya ramai yang sudah mula memaki hamun saya bila sampai ke sini. Ini bukan rekacipta saya. Ini adalah Peraturan Mesyuarat yang mengawal tatacara apabila ada ahli yang bukan dari kerajaan berhajat untuk mencadangkan undang2 yang boleh dipertimbangkan kerajaan.


Bila aku terbaca posting ni... aku pelik dengan 'clown' PKR ni... 

Apa yang tak kena dengan RUU355???

Apa masalah dia dengan RUU355???

Apahal lak nak tuduh RUU355 sebagai pemecah PR???

Hebat sangat ke "Pakar Langkah Kejang PKR" ni menyuarakan ilmu sekularismanya???

Kalau masih jauh perjalanan RUU355, kenapa mesti dijauhkan lagi??? Itu BANGANG namanya...

PKR sememangnya TAK BOLEH DIHARAP untuk membantu memartabatkan Islam dibumi Malaysia...

5 comments:

  1. Bodohnya Rafizi bercakap...mcm bukan ahli parlimen.

    ReplyDelete
  2. LOL... kepada tuan blog.

    Dia ilmuan. jadi kene hormati ilmuan. dan lebih2 lagi pemimpin.

    Apa yang dikatakan oleh Rafizi mmg benar. PR kan tergolong dengan pelbagai kaum, agama, dan fahaman.
    Sekarang.. jika ada yang beragama Islam dan selari pemahamannya dalam nak menaik taraf RUU 355, maka secara tak langsung... mereka terpaksa keluar dari PR. Perkara sebegini pasti terjadi.
    Dia menyatakan fakta berkenaan perjalanan RUU 355 tu mmg jauh. cuma RUU 355 ni langkah pertama. Dan kesan langkah pertama sememangnya untuk meraih dan membuka mata dari segi sokongan moral. Langkah ke dua, mungkin akan ada akta lain pula yang perlu digubal. saya tak rasa pun beliau menghina mana2 pihak.

    ReplyDelete
  3. oic ruu 355 memecahkan pembangkang..tapi realitinya pembangkang awal2 lagi dah istiharkan perpecahan di atas penolakkan ini.. aku merasakan jgn meletakkan harapan org2 islam kpd pmimpin begini yg menganggap agama sbg bahan mainan politik mereka..perlu jika menguntungkan mereka.. x perlu jika merugikan mereka..maaf la.. untung blog ni boleh mmberikan komen samada dr pihak penyokong pas atau bukan penyokong pas..tak mcm blog greenboc dan sekutu2nya lain yg lbh jumud& syok sendiri sampai nak bagi komen pun hanya utk yg pro pihak mereka.. tahniah tentera semut..

    ReplyDelete
  4. Loyar buruk tak habis habis si fizi ni

    ReplyDelete
  5. Rafizi sembang je kencang, langkah Kajang la yg memusnahkan PR, elok la kalau yang jauh didekatkan, jangan yang jauh dijauhkan lagi, berusaha itu lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.

    ReplyDelete