Pages

Saturday, June 9, 2012

BE END MACAM FREEZER BURUK... KEJAP BEKU.. KEJAP CAIR

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ
بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ


9 Jun 2012 - Shah Alam : Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh “emosi politik” tetapi juga “kurang cerdik.”

Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said “diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN.”

“Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar. 

“Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa di dua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor.

Tidak sampai 24 jam, PTPTN semalam bagaimanapun menarik semula tindakan membekukan pinjaman kepada siswa baru Unisel selepas menerima bantahan keras termasuk daripada pemimpin BN seperti ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Langkah itu pada awalnya disokong kuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Faekah berkata penjawat awam seperti pentadbir PTPTN perlu melihat perjalanan isu berkenaan sebagai satu amaran kepada mereka “agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik.”

“Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat, dalam kes ini para pelajar, diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik.”

“Justeru, jika mana2 ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak2kan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan.”

“Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif,” katanya.

Tambahnya, menteri Umno berkenaan juga perlu menghentikan amalan “bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam” seperti dalam tindakan mereka dalam isu pembekuan pinjaman itu.

Menteri berkenaan tidak harus berperangai seperti ahli politik jalanan tetapi sebaliknya perlu bersikap sebagai negarawan demi khidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik, katanya lagi.



Komenku:

AKU KATA UMNO BE END DAH DESPARADOS, ORANG UMNO MAGHAH... HAKIKATNYA... MEMANG BENGONG.....

KUASA NAK, TANGGUNGJAWAB TAK MAU.... NAK SURUH STATE BUAT... TANGGUNG JAWAB PUSAT... BILA STATE AMBIL TANGGUNGJAWAB... TERHEGEH2 AMBIL BALIK KUASA TU... FREEZER BURUK YANG KEJAP BEKU… KEJAP CAIR…

MUKA KULIT APA PUAK UMNO NI?????