Pages

Sunday, January 15, 2012

KALAU ADA 7 JUTA AHLI, MASIH TAKUT UNTUK ADAKAN PRU?


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



KENAPA NAJIB TAKUT ADAKAN PRU 13 KALAU AHLI 7 JUTA???

UMNO semakin hari semakin goyah.. itulah realitinya. Ramai pemerhati berpendapat PRU akan diadakan seawal2nya Mac 2012. Namun petanda dan bunga2 dari Najib sendiri yang PRU ke 13 akan berlangsung pada Mac ini masih menjadi tanda tanya. Adakah Najib berkira2 untuk melakukan PRU masa terdekat kerana segala taktik kotor UMNO untuk memenangi PRU 13 masih belum berjalan lancar. Ataupun Najib sendiri tidak yakin UMNO BN akan memenangi PRU 13 nanti. Berikut adalah pendedahan yang di buat oleh bekas ADUN UMNO, Ariff Sabri yang baru2 ini telah menyertai DAP.

Kalau Ada 7 juta Ahli, Masih Takut Untuk Adakan PRU?

Sekarang kita tahu, UMNO dan BN tidak kuat. Bila Muhyidin rasmikan dan hadhir dalam majlis Sayangi Selangor pada 31 disember 2011, dengan barisan artis yang seksi seksan, hanya 5000 orang hadir. Selalu nya bila ada artis, orang akan datang bersyusyun syusyun. Pada masa yang sama, kerajaan Selangor yang di pimpin oleh PKR mengadakan suatu majlis agama yang di kendalikan oleh Zizan Raja Lawak dan Ustaz Azhar Idrus, 50 ribu orang membanjiri premis majlis tersebut. Tidak ada artis. Ada pelawak dan ustaz yang mengadakan sesi soal jawab agama. Tapi pengundi yang majority nya muda, memilih untuk mendengar ceramah agama. 

Boleh kah kita kata BN kuat dan dapat merampas Selangor? Cakap besar dan tulis atas kertas dan beri lapuran gembira pada presiden UMNO - boleh. 

Macam mana kita kata UMNO-BN tidak kuat? Siapa kata demikian? Presiden UMNO dan PM yang kata. SU agung UMNO yang kata. Mereka lah yang mendedahkan kelemahan UMNO dan BN.

Sebab Presiden UMNO beritahu, pilihanraya tidak akan di jalankan selagi reformasi ekonomi nya belum tercapai. Reformasi yang di maksudkan ialah perubahan2 dalam cara ekonomi negara di jalankan. 

Apakah benda nya reformasi ekonomi atau Transformasi ekonomi yang di maksudkan oleh PM dan Presiden UMNO itu? kita sebetulnya tidak ada keyakinan keatas model ekonomi yang di warwarkan oleh presiden UMNO. Sebab pada hakikat nya, ETP atau Economic Transformation Plan yang di istharkan oleh PM beberapa tahun yang lalu hanya lah koleksi business plans daripada syarikat2 terpilih. Ianya bukan model ekonomi untuk rakyat tapi model ekonomi untuk pemilik bisnes besar dan elit politik. Model ekonomi yang di laksanakan oleh kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO, ialah suatu skim cepat kaya pyramid. Ianya model niaga ala pak man telo. Yang di bawah buat bisnes, komisyen di salurkan keatas untuk yang berada diatas. 

Elit bisnes di beri monopoli mengendalikan program ekonomi negara dan sumbangan di salurkan kepada elit politik. Percayalah bila saya katakan - mana mana projek raksasa yang di istiharkan oleh kerajaan, itu semua hanya excuse atau alasan untuk membuat duit yang banyak.

Seperti kata the Oracle of Syed Putera atau Pendita dari Syed Putera, Najib has lost the plot on how to run this country. 

Pemimpin UMNO tidak ada plan atau idea macam mana hendak bangunkan negara. Mereka hanya tahu satu jalan mendapatkan sokongan dan kesetiaan. Dan ianya bukan melalui cara menghidupkan keyakinan dan kepercayaan kepada sesuatu seruan atau cause. Ianya ialah dengan membayar semua orang. 

Jika kita pergi ke Semporna Sabah, tempat Shafie Apdal, nak cari klinik pun takde. Cara Shafie Apdal mengurus dan mentadbir Semporna macam seorang lord memerintah fiefdom. Dia duduk atas kerusi dan hulur RM 10 kesetiap rakyat yang sedang beratur hendakkan RM 10. Itu dia cara pemimpin UMNO selesai masaalah dan membangunkan rakyat terutama orang Melayu. Dan yang sedang beratur itu ada yang pengsan pula. Shafie apdal has no inkling how to liberate the thinking of orang orang bajau di Semporna. 

Jadi apakah model ekonomi yang di bising bisingkan oleh Dato Najib? Ia model ekonomi yang bergantung kepada elit perniagaan untuk di jayakan. Elit2 ekonomi ini di beri nama yang kehormat dan eksotik seperti PDP - Project Delivery Partner. PDP itu tidak lain dan tidak bukan, ialah syarikat perniagaan yang mengemukakan cadangan2 bisnes. Cadangan2 dari syarikat2 ini diambil sebagai anak angkat atau adopt sebagai ETP. Jadi, bila kita halusi apa dia ETP, PDP dan lain lain lagi, semuanya tidak lain adalah cadangan dari rakan rakan niaga yang rapat dengan kerajaan BN. 

Apakah jenis kerajaan yang beroperasi seperti ini? Ianya di sebut sebagai Plutocracy - iaitu kerajaan perpaduan antara elit politik dan elit bisnes. Jadi bila pemimpin UMNO dan BN bercakap mengenai kebajikan, ia sebenarnya ialah kebajikan untuk warga korporat. 

Bila Najib kata, transfomasi ekonomi nya belum selesai - maksud yang sebenarnya ialah kekayaan negara ini belum selesai di bahagi2kan antara rakan2. Tony Fernandez dapat airline business, anak Dr Mahathir dan Shahril dapat bisnes minyak dan gas, Gamuda dapat infrastructure, Syed Mokhtar dapat itu dan ini, YTL , Robert Kuok punya syarikat akan dapat bisness pemasaran hasil2 dari FGV. Bila ini semua selesai, maka transformasi ekonomi Najib selesai. Dan kemudian, dia akan ada wang yang banyak untuk membeli kesetiaan dan sokongan orang Melayu. 

Kedua, kalau UMNO dan BN kuat mengapa tidak mahu adakan PRU sekarang juga? Jawapan nya, reality nya UMNO dan BN adalah harimau kertas. UMNO mempunyai ahli 3.1 juta. Tahun 2009, SU Agung UMNO, Tengku yang bukan Tengku - Adnan bin Mansor mengistiharkan jumlah ahli UMNO ialah 3 juta lebih manakala warga BN berjumlah 7 juta lebih.Dan Dato Najib sendiri dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO menjerit bahawa UMNO ada ahli seramai 3 juta lebih. 3 juta boleh buat apa? Sejarah mengajar kita kemenangan selalu nya di menangi oleh suatu kumpulan yang kecil. 

Jadi, macam mana kita boleh kata UMNO dan BN tidak kuat dengan jumlah keahlian yang hampir sama banyak dengan jumlah pengundi di Malaysia dalam tahun 2008? UMNO dan BN mempunyai jumlah ahli seramai 7.3 juta. Jumlah pengundi 7.9 juta. Lojik nya, jika semua warga UMNO dan BN berjumlah 7 juta lebih, Najib will win the coming elections hands down. UMNO dan BN hanya memerlukan ahli2 BN sahaja yang mengundi. 

Dengan jumlah ini, mengapa kerajaan BN masih teragak2 mengadakan PRU? Sebab mereka sedar bahawa jumlah ahli yang banyak tidak menjamin kemenangan. Mereka harus merasuah ahli mereka sendiri untuk mengelak dari di beloti. Ahli BN sendiri pun tidak mahu sokong sebuah kerajaan yang rasuah dan menjalankan skim cepat kaya ala pyramid.Pendedahan Bekas ADUN UMNO, Kenapa Najib Takut Adakan PRU 13

Ihsan: Asmawi Azizan Aktivis 901


No comments:

Post a Comment