السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
HARON DIN SAH
BERTANDING PRU13: PAS PERLIS
KANGAR
- Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan
bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut2 sekali gus
mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan
Nasional (BN).
Pesuruhjaya
Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup
desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan
raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan.
Menurutnya,
Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal
perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif
beberapa minggu lalu.
“Haron
Din bersedia bertanding buat kali ketiga walaupun dua kali tertewas dalam PRU
terdahulu dan Pas bersedia menyerahkan mana2 kerusi yang dirasakan
sesuai untuknya.”
“Bagaimanapun,
saya yakin beliau akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen sahaja dan mampu
menang pada kali ini berdasarkan sokongan padu ditunjukkan rakyat Perlis,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Perlis semalam.
Hashim
berkata, Pas menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan
trend sokongan padu ditonjolkan rakyat sehingga ramai pihak yang berebut2
menyampaikan sumbangan kepada parti bagi persiapan PRU.
Menurutnya,
trend itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila boleh dikatakan
setiap hari ada sahaja yang datang berjumpa dengan pemimpin Pas negeri untuk
menyampaikan sumbangan sehingga kadang2 mencecah ribuan ringgit.
Hashim
turut menyifatkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini mendapat jaminan padu rakyat
bukan Islam Perlis untuk bersama2 mereka setelah bosan dengan
pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada.
No comments:
Post a Comment