السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ROSMAH JEJAS PERSIAPAN PRU-13 NAJIB???
Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di
Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.
Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri2 bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.
Satu artikel dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai “First Lady of Shopping” kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.
Kolumnis itu dalam satu kenyataanya mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
“FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar2kan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?”
“Saya tetap pertahankan setiap kata2 saya. Sumber saya amat kukuh, ” kata Hornery dalam Twitternya.
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar. Cerita selanjutnya klik DI SINI
No comments:
Post a Comment