Kerajaan Be End telah menarik balik bantuan dari seorang lelaki ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) semata-mata kerana di tuduh menyokong Pakatan Rakyat.
Frusis Lebi, 51 tahun yang cacat tangannya merasa amat terhina apabila dimaklumkan Jabatan Pertanian Sri Aman bahawa baja dan racun perosak yang sepatutnya diagihkan kepadanya menghadapi "masalah" untuk diagihkan..
Surat arahan menghentikan bantuan yang dipercayai di tulis oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang kerana menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk pembangkang dalam PRN Sarawak April tahun lalu,
Tak cukup dengan kes Frusis Lebi di Sarawak, Orang Asli dari suku Temuan dari Kampong Orang Asli Pulau Kempas, Hulu Langat, Selangor kecewa kerana permohonan BR1M beliau ditolak walaupun tidak mempunyai pekerjaan.
"Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak 7 tahun yang lalu. Jika kerajaan tidak mahu beri wang, tidak ada masalah, tapi jangan nafikan hak orang yang benar-benar memerlukan bantuan", kata Dewi.
Dalam temubual dengan Malaysiakini.tv, Dewi berkata, tangan kirinya mengalami kecacatan sehingga menyukarkan dia mendapat pekerjaan
Dewi Malam 52 dinafikan kelayakan BR1M setelah menerima jawapan dari Kementerian Kewangan yang menyatakan namanya tiada dalam pengkalan data JPN. Namun Dewi membuktikan sebaliknya dengan menunjukkan kad pengenalannya...
Komen ku:
Jangan-jangan kad pengenalan yang jenis luput tarikh kot... sekarang ni zaman kad pengenalan ada grade he he he
AKU TAK TAU APA DAH JADI.... BUKAN MAIN SOMBONG TOKEH NI NAK BAGI HADIAH 2 KERETA MEWAH .... SEBUAH LAMBOGHINI DAN BMW...
TAK TAU NAK KOMEN APA DAH... DALAM 2 / 3 HARI LEPAS RIUH RENDAH MEREKA MENAWARKAN HADIAH ... TUP TUP ADA KEDAI KENA LELONG...
KEDAI SAPA TU.... ISH ISH ISH....
BERAPA JAUH AGAKNYA RUMAH AMBIGA DENGAN SEGAMBUT YE??? INI LAH PENIAGA MELAYU BERJAYA YANG SENTIASA MEGHARAPKAN SUAPAN KEMULUT DENGAN PROJEK KERAJAAN....
AKU TAK MAU KATA APA... KORANG TENGOK LA SENDIRI,.. AKU TAK ADA MASALAH NGAN JAMAL NI... TAPI AKU RASA JAMAL NI ADA MASALAH DENGAN ISLAM....
AKU SENDIRI TAK PERNAH MASUK... TAK ADA AURA LA...
AKU AMAT PELIK DENGAN PENGUASA UMNO YANG DIKELILINGI OLEH ULAMA-ULAMA TUAN DAN MUDA.... BUTA KE MATA MEREKA...???? PEKAK ATAU TULI KE TELINGA MEREKA???? APA KAH MEREKA JUGA LEBIH TEROK DARI BINATANG TERNAKAN????
SEMUA NYA MENYEPI.... KALAU HIMPUNAN BERSIH... KELAM KABUT MEREKA MEMFATWAKAN "HARAM"....
FAHAM DISEBALIKNYA APA YANG BERLAKU SELAMA 5 HARI NI "HALAL" LA.... MANA ILANG HARUSSANI???? SEMAKIN SENJA USIANYA ... SEMAKIN MEMUJA MAKSIAT NAMPAKNYA....
APA KAH MEREKA NI ADALAH "DAJJAL" YANG DI INZARKAN OLEH NABI SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM???
AKU MELIHATKAN FENOMENA INI SEPERTI MENDAPAT RESTU ULAMA2 DAJJAL KEPADA PENGUASA BERLELUASA MENGANJURKAN AGENDA2 IBLIS YANG MENYESATKAN BELIA2 NEGARA....
SIAP IMPOT LAGI TU... DARI KOREA.... TAK CUKUP DENGAN YANG DAH ADA KAT MALAYSIA NI KE????
SIAP BATALKAN KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI PICC TUUU... BIMBANG SEMUA BELIA BERHIMPUN DI PICC KE????
BETUL KE 2 JUTA BELIA YANG DATANG????? MINTA DIJAUHI ALLAH AKAN PEMBUANGAN BAYI-BAYI DI BULAN MAC 2013 NANTI......
Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa dengan begitu kejam...
"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada dalam kedudukan dam mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya", demikian lah kata Koperal Sirul Azhar Umar dari unit tindakan Khas Bukit Aman dengan nada suara yang sebab ketika memberikan keterangan dimahkamah pada 4 februari, 2009.
Beliau mengadu yang mereka di'kambinghitam'kan.
Mayat Altantuya dijumpai diletupkan dengan bahan peledak C4 di Puncak Alam pada Oktober 2006.
Perempuan Mongolia itu berperanan sebagai perantara dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan lesapnya 'komisyen bernilai lebih RM500 juta.
Pembelian di buat semasa Pi Em sekarang menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Majoriti hadirin terdiri Badan Bukan Kerajaan (NGO), tetamu
undangan dan mahasiswa menyuarakan reaksi positif ke atas fokus perbincangan
Debat Sinar semalam yang mengulas tajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju
Pendidikan Tinggi, melibatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamal berpendapat
ia satu debat yang bagus berdasarkan hujah2 bernas dan realistik
daripada Khairy dan Rafizi.
“Bagi saya, kemenangan tidak berpihak kepada sesiapa. Ia bergantung
kepada rakyat untuk menilai hujah mereka,” kata beliau ketika ditemui Sinar
Harian Online di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam
tadi.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri
Selangor, Ismadee Asmara Ishak berkata, beliau menyeru kerajaan Selangor di
bawah Pakatan Rakyat (PR) supaya menghapuskan keperluan pinjaman PTPTN untuk
belajar di institusi pengajian tinggi di Selangor kerana mereka yang memerintah
negeri itu sebagai contoh, Universiti Selangor (Unisel).
Mohd Shahriza Basirun, 35, dari Persatuan Penduduk Taman Sutera,
Kajang berkata, debat itu menunjukkan rakyat sudah mula menerima pendekatan
berdebat untuk mengupas isu2 semasa dan pembentangan yang dibuat
boleh memberi peluang kepada rakyat untuk menilai polisi yang dibawa oleh kedua2
pendebat.
Bagi Khairizul Azuan Mohamad dari Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI) ia membuka ruang baru kepada politik Malaysia.
“Ia memfokuskan pertarungan berilmiah. Kita dapat tahu debat untuk
pemansuhan PTPTN satu idea bernas tetapi ia susah ditampung dari segi kiraan
kewangan dan ini lebih kepada janji politik,” katanya.
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Orator, Muhammad Yunus Zakariah
memuji gandingan daripada kedua2 pendebat.
“Ia betul2 gandingan yang kuat,” jelasnya ringkas.
Exco Kepimpinan dan Latihan Kumpulan Rakan Siswa Malaysia
(Karisma), Norhidayad Abdullah berkata, sebagai mahasiswa beliau memang
menunggu debat seperti itu yang membariskan pemimpin muda dari pembangkang dan
kerajaan.
“Saya dapat melihat apa pendirian mereka kerana saya sebagai
mahasiswa menjadi seperti golongan pemerhati dan ini merupakan satu platform
yang baik untuk mahasiswa menilai dengan baik berhubung isu PTPTN ini,”
katanya.
Hafiz Khair, 20, dari Persatuan Mahasiswa Anak Sarawak Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, program semalam satu debat yang bagus.
“Ia memberi peluang dan idea dua pendebat ini memberi respons
mengenai PTPTN ini.”
“Ia perlu diteruskan lagi dan menjemput orang lain pada masa
hadapan,” katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq
Abdul Aziz berkata, beliau berpuas hati dengan kedua2 panel
berdebat.
“Saya bangga dengan Khairy yang menunjukkan keberanian dengan
menyahut cabaran ini. Ia sesuatu yang wajar dipuji. Bagi saya hujah Rafizi
lebih mantap, mengikut fakta dan berterus2.”
“Rakyat sekarang lebih matang dan boleh menilai mana yang baik.”
“Saya menyokong cabaran moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee
Malik mengenai debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.
Kumpulan mahasiswa hari ini
mendakwa terdapat campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pilihan raya
kampus di seluruh negara pada tahun ini.
Menurut Pro-Mahasiswa
Nasional, polis terlibat secara langsung apabila tiga anggotanya - seorang
dikenali sebagai pegawai kanan - mengambil bahagian dalam mesyuarat
penyelarasan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Jurucakapnya Edikorp Lakip
Sediyanto, mereka mendapat maklumat ketiga2 anggota pasukan
keselamatan itu terlibat dalam mesyuarat yang diadakan di Akademi Kenegaraan
milik Biro Tata Negara di Kuala Lumpur pada malam 25 Januari lepas.
“Penglibatan wakil daripada
PDRM seramai tiga orang dalam Opps 2020 ini membuktikan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak yang juga mengetuai komponen BN begitu tersepit...,” kata
Edikorp(atas,
berbaju belang).
Menurut Edikorp lagi, BN juga
terpaksa menggunakan PDRM demi kelangsungan politik mereka pada pilihan raya
umum ke-13 nanti.
Justeru, kumpulan itu
menggesa Najib dan tiga pegawai polis terbabit memberikan penjelasan berhubung
dakwaan itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Saifuddin Abdullah (kanan) menolak dakwaan itu dan berkata tiada tiada pengetahuan
berhubung dakwaan konspirasi itu dan yakin Perdana Menteri tidak terlibat.
“Sebelum ini, sebagai contoh,
dalam pemilihan presiden Majlis Beliau Malaysia, nama perdana menteri dikaitkan
dengan calon.
“Saya tanya perdana menteri
sendiri dan beliau menafikannya. Menurutnya, beliau menghormati ruang kepada
anak muda untuk membuat keputusan berhubung kepimpinan mereka,” katanya melalui
SMS kepadaMalaysiakini.
5 ORANG POLIS DARI SHAH ALAM BERSIAR-SIAR DENGAN KERETA KE PUTRA JAYA... APA KE JADAH PI REMPUH PAGAR RUMAH AJI NAJIB TU????
KEMUNKINAN MENGANTUK ATAU MABUK KETIKA KEJADIAN.....
ISHHHHH... MACAMANA ANGGOTA KESELAMATAN BOLEH MABUK NI??? APAKAH YANG MEMUKUL PESERTA BERSIH ARI TU PUN DITUANG AIR KENCING SYAITAN SUPAYA MABUK2 @ HIGH SUPAYA TIADA PERASAAN KESIHAN BELAS SEBAGAI MANUSIA???
AKU MASIH INGAT BAGAIMANA MAHATHIR KUTTI MENCABAR PAS BERDEBAT MENGENAI NEGARA ISLAM....
DEBAT 1
TRIAL DEBAT DIADAKAN DENGAN DIANGGOTAI OLEH PENASIHAT AGAMA PERDANA MENTERI, ALMARHUM TAN SRI ABDUL HAMID OTHMAN, PENGERUSI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MASA TU, DR ISMAIL IBRAHIM DAN BEBERAPA TOKOH ILMUAN ISLAM DARI UMNO.
TERMASUK LAH JUGA BEBERAPA YANG PERNAH MENGKAFIRKAN UMNO YANG MENINGGALKAN PAS UNTUK BERSAMA-SAMA DENGAN UMNO SEPERTI MOHD NOR DERIS (KETUA ULAMA UMNO KELANTAN SEKARANG), WAN SEMAIL MACHANG, RAZALI AHMAD LOSONG DAN BEBERAPA LAGI.
SETELAH PERDEBATAN OLOK-OLOK DILAKUKAN, MAHATHIR KUTTI SENDIRI MENGATAKAN "KALAU MACAM NI, KITA KALAH".... RUPANYA UMNO NI NAK MENANG.. BUKAN NAK PENYELESAIAN....
BILA DAH KALAH, KELAM KABUT MINTA YDP AGUNG BATALKAN DEBAT....
INILAH YANG DINAMAKAN 'HIDAYAH' BUKAN HAK PEMIMPIN.... TAPI HAK ALLAH... ILMU TINGGI PUN BOLEH SESAT... HAK BAWAH-BAWAH YANG BENGONG NI AKU TAK TAU NAK KATA APA DAH....
BANYAK LA DUIT NST KAN... TGNA DAH SAMAN SEJUTA... NI NAK MAI PLAK DARI AUSTRALIA....
PENYAKIT UTUSEX DAH BERJANGKIT... BIASALAH PUAK 'FITNAH' NI... KALAU TAK FITNAH... BADAN AKAN GATAL-GATAL JE... TEKAK JADI KERING....
MALAS NAK TULIS PANJANG2... KORANG BACA SENDIRI LAH APA YANG MALAYSIA INSIDERS PETIK DARI SYDNEY MORNING HERALD (SMH) UNTUK TATAPAN DAN PENGETAHUAN KORANG BAHAWA NST JUGA KAKI FITNAH...
KOTA
BHARU:Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita
'Nik Aziz father of kafir'.
Saman pula
akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times
dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.
Saman itu
dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan
terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.
Pengerusi Lajnah Undang2 dan Hak Asasi Manusia PAS
Kelantan Hisham Fauzi (gambar)berkata,
pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman
tersebut Isnin depan.
“Minggu
depan kita akan faikan saman terhadap kedua2 pihak tersebut, dan
kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini,” katanya ketika dihubungi
Harakahdaily.
Sebelum
ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan
dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul
Am PAS itu.
Bagaimanapun
tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.
Isnin lalu
pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam
untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.
Selain New
Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta
tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim
Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.
Notis itu
antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka
hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.
Mereka
juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar
Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.
Selain
itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar
mahkamah.
Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas
tuduhan mencederakan jurugambarGuang
Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan
BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil dibenarkan
ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas memohon dibicarakan.
Mereka
didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah
terhadap Wong (gambar).
Jika sabit
kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tiga bulan setiap seorang, denda
RM1,000 atau kedua2nya sekali.
Menurut
dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum
dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di
antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.
Yang lain2 belum dapat
cari ke??? Yang menyamar peserta BERSIH 3.0 plak ilang mana????
Polih Mesia kan hebat….
Tak kan tak jumpa???? He he he
Yang jadi kambing cuma
2 ekor je la….. macam pembunuh Altantuya tu…. Apa pasal yang depa 2 ekor tu
benci sangat kat Altantuya agaknya ye???? He he he he……
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin
hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan
lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah
lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun
bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat
berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah
ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
“Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh
kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan
kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’
menyokong kerajaan.
“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur)
dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi
Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah
diluluskan.
“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar
umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.”
“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan
bersama2 Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan
bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin
ketika bersama2 dalam pengisytiharan itu mengalu2kan
hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat
selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu
hak dia sebagai penjual pasir.”
“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan
lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama2
mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.