Pages

Thursday, January 19, 2012

EKSKO AGAMA : PAS DIPERMAINKAN????


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




EKSKO AGAMA : PAS DIPERMAINKAN????

MENGHALUSI RASIONALITI ROMBAKAN EXCO SELANGOR.

Seperti yang kita tau, MB selangor Tan Sri Khalid Ibrahim merombak kabinet Ekskonya dengan melantik ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Eksko Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan dan Khalid sendiri memegang Eksko Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Ramai orang, termasuk orang2 PAS mempersoalkan rasionaliti tindakan itu, terutamanya bila jawatan Eksko Agama tidak diberikan kepada orang PAS. Media2 dan puak2 UMNO melalak sakan. la ambik hal ni sebagai point menyerang dan menghasut PAS supaya melenting. Tapi hasil perbualan penulis dengan sorg AJK PAS Pusat siang tadi (tak yah la bagitau sapa sebab ni pandangan peribadi dia) telah membuka mata penulis mengenai rasionaliti tindakan ini.

1) Dr Ahmad Yunus Hairi memang
relatively unknown, tapi dalam masa yang sama dia juga seorang yg tegas - dibuktikan dengan kes samannya terhadap NSTP dan Fatah Iskandar pada tahun 2004 yg mana dia menang kes tu. Itu sub-topik la. Sila baca DI SINI - Dr Ahmad Yunus Dapat Gantirugi RM55,000/=

2) Pasal Eksko Agama pula, kenapa tak diberi kepada PAS? ana jawab soalan ni dengan satu soalan - ingat tak kes JAIS bagi duit zakat tolong perlis tak lama dulu? Siapakah yang betul2 menembak JAIS kaw2 masa tu? Tak lain tak bukan, Dr Rani. Memandangkan JAIS dan MAIS masih banyak mengandungi juak2 UMNO terutamanya bahagian
top officer, maka untuk meletakkan Dr Rani atau memana wakil PAS kat situ adalah satu tindakan berisiko amat tinggi. JAIS dan MAIS boleh je balas dendam terhadap Dr Rani dan PAS dgn buat tindakan membelakangkan Eksko ke, lawan cakap Eksko ke – u'll get the idea.

So, Khalid ambil keputusan untuk handle sendiri portfolio agama supaya biar dia sendiri berhadapan dengan puak2 UMNO dalam JAIS dan MAIS tu. MB ada linkage direct dengan Sultan, jadi JAIS dan MAIS pastinya akan pikir 2@3 kali kalau nak buat dajal. Tindakan Khalid ambilalih Eksko Agama bukan disebabkan dia ni pious atau warak atau ustaz, tapi sebab dia nak manage situasi agar tak timbul lagi kontroversi2 mengarut macam tarik tauliah penceramah ke apa ke. Ini terbukti tak lama dulu bila Khalidlah orangnya yang berjaya mendapatkan jalan penyelesaian berhubung isu jualan arak di kedai2 area Melayu Muslim.

Kepada sahabat2 PR terutamanya PAS, usahlah bersedih dan kecewa. Kekadang, semua ni ibarat main chess - kita biarkan musuh makan pawn atau rook kita agar kita mampu carik ruang nak checkmate king pihak lawan. wallahu a'lam.

Penulis : Fais Al-Hajari

No comments:

Post a Comment