السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الفاتحـــة
KUALA
LUMPUR, 13 Jan: Petugas di Pejabat Agung PAS, Syed Mohamad Syed Hasan, 62,
meninggal dunia pagi ini.
Beliau yang mengalami
batuk sejak malam tadi meninggal di rumahnya di Taman Melewar kira-kira jam
8.30 pagi.
Menurut isterinya,
Saribah Salleh, allahyarham kelihatan agak lemah sekitar jam 8 pagi ini.
Katanya, doktor yang
dipanggil ke rumah kira-kira setengah kemudian mengesahkan bahawa suaminya
telah meninggal dunia.
Jenazah Allahyarhan
kini berada di rumahnya dan akan dimandikan jam 11 pagi.
Jenazah akan
dikebumikan setelah disembahyangkan selepas solat Jumaat di di Masjid
Ar-Rahimah, Greenwood.
Allahyarham
meninggalkan enam orang anak.
Beliau yang mengalami
batuk sejak malam tadi meninggal di rumahnya di Taman Melewar kira-kira jam
8.30 pagi.
No comments:
Post a Comment