Pages

Tuesday, January 31, 2012

KEPALA BABI DI MASJID DI RAWANG – ADAKAH IANYA PROVOKASI AGAMA????

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KEPALA BABI DI MASJID DI RAWANG – ADAKAH IANYA PROVOKASI AGAMA????

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

NONEMenurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira2 dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum  semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah, katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif

Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi, katanya.

Sumber KLIK DI SINI

Kita melihat seolah2 ada pihak2 yang teramat bimbang dengan kemerosotan nilai mengadakan isu provokasi Agama untuk mendapat mileage untuk survival.

Polis seharusnya telus dengan kejadian yang tak bertanggungjawab untuk menghuru-harakan situasi aman Negara.

Kepala lembu dah tak boleh dah kot… munkin sebab kena freeze’.. entah la… kalau tak penuh kepala lembu kat tok kong Hindu plak… baru ye… rusuhan kaum akan spark’…

Berhati2 dengan makhlok yang tak boleh melihat manusia hidup aman damai…






No comments:

Post a Comment