السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
901 : ANWAR: SAYA AKAN SURVIVE DALAM POLITIK
Datuk Seri
Anwar Ibrahim berkata beliau yakin akan terus survive dalam arena politik
negara ini walau apa pun keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes liwat
terhadapnya.
Ketua pembangkang itu berkata, pengalamannya sebelum ini mengharungi pelbagai pahit manis dalam politik membuktikan keadaan sedemikian.
“Saya pernah jadi pemangku perdana menteri, pernah duduk dalam lokap paling hina, pernah makan santapan diraja di semua istana...”
“Syukur Alhamdulillah, kamu tahu apa (terjadi)? saya survive,” katanya disambut laungan reformasi oleh kira-kira 800 hadirin malam tadi.
Bercakap dalam ceramah jelajahnya di Petaling Jaya menjelang keputusan mahkamah terhadap kesnya Isnin ini, Anwar berkata apa pun yang berlaku akan mematangkannya.
“Saya matang dalam proses itu. Saya tak sama lagi dengan dulu,” katanya.
Menurutnya lagi, berdasarkan fakta kes, beliau mesti dibebaskan tanpa syarat.
Bagaimanapun, tambahnya, walau apa pun keputusan mahkamah minggu depan, yang paling penting ketidakadilan mesti diubah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Penting untuk kita tawan Putrajaya. Saya yakin. Kita mesti berada di pihak yang benar dalam sejarah,” tambahnya.
Terus optimis berhubung keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, beliau terus menyusun jadualnya seperti biasa, termasuk menghadiri pelbagai program prodemokrasi di luar negara pada minggu depan.
“Itu rancangan. Jadi tak jadi, tawakal. Kita mesti maju,” katanya.
Anwar sekarang dalam rangka jelajah seluruh negara yang dilihat bertujuan untuk menggerakkan seramai mungkin rakyat menghadiri perhimpunan ‘Bebas Anwar 901’ Isnin ini.
Polis
telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di
tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, di
mana keputusan perbicaraan kes liwat terhadap ketua umum PKR itu akan diumumkan
Isnin ini.
Sementara itu, naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, orang ramai perlu hadir dalam perhimpunan menyokong Anwar Isnin depan kerana beliau merupakan "simbol keadilan".
“Terima kasih pada polis sebab beri permit, tapi tak beri padang (untuk berhimpun). Ramai nak hadir” katanya dalam ceramah yang sama.
SUMBER
No comments:
Post a Comment