السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
AKHBAR AUSTRALIA: LAPOR ROSMAH 'BERBELANJA BESAR'
Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media
Australia hari ini - kali ini di Sydney.
Dalam seksyen ‘Private Sydney’ akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai “first
lady of shopping’, kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di
sebuah butik di Sydney.
Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa “pelanggan terbesar” Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu “percutian peribadi” di sana “sekitar dua minggu lalu”.
Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa “pelanggan terbesar” Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu “percutian peribadi” di sana “sekitar dua minggu lalu”.
Menurut
kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse
A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.
Dengan tajuk ‘Super Kerr Now a Model Citizen’, kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Oktober
lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar
Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa
Mesyuarat Ketua2 Negara Komanwel (CHOGM).
Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.
No comments:
Post a Comment