السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Saya diwawancara oleh Wall Street
Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada
saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas
menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi
hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga
mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel
juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
“I
support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr.
Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with
the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting
the aspirations of Palestinians.”
Pendirian saya ini ternyata sejajar
dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip
Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu
pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab
Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali
sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga
menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB
Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb
September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION
OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:
“..Malaysia
fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an
independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into
account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”
Ternyata
dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati
hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan
tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat
Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana2
pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata2 mahu menyebar
fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Pendirian
Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas
dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut
malah pastinya digilap dan diperkukuh.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment