السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
POLIS MEMBENARKAN PERHIMPUNAN 901
Kuala Lumpur 6, Januari – Timbalan
Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran
dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal
dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.
“Kita
telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan
beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama,” kata Azmin selepas
mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad
Salleh hari ini.
Ahli
Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan
keputusan yang telah dicapai untuk menjayakan perhimpunan pada 9 Januari itu,
di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.
“Tempat
telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya positif dan saya
gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti
politik khususnya pakatan rakyat,” katanya.
Menurut
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman twitter
beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak kereta
berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.
Satu
sidang tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat
KEADILAN di Petaling Jaya 3.00 petang ini.
Semalam,
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan, pihaknya tidak akan
mengharamkan himpunan berkenaan, sebaliknya mencadangkan supaya kawasan yang
sesuai.
Terdahulu,
, turut hadir pada pertemuan tersebut beberapa pimpinan KEADILAN termasuk Ketua
Wanita, Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah
Strategi, Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.
Pertemuan
itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan
Ketua Polis Negara menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur
bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment