السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
MENANGKAN DULU PAKATAN, BUKAN BINCANG SIAPA PM
KUALA
LUMPUR, 7 Jan: Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting
sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum
ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.
Dalam satu
posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri
ialah ketentuan Allah.
“Apa yang
penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa
menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan
Allah,” kata beliau.
Dalam
temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik
seorang Perdana Menteri sementara.
“Kita sudah
bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan).
Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu
Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang,
saya tak akan berada di penjara untuk lama,” kata beliau.
Pada 9
Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan
perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi
berlangsung tahun lepas.
Anwar, 64,
dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium
di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan
memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Dalam satu
kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari
9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil
di hadapan Allah di akhirat.
“Dalam
duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan
terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang,
yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum
akan terus menjalani hukuman.
“Namun,
yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di
hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu,” pesan Tuan Ibrahim.
No comments:
Post a Comment