Pages

Showing posts with label munafik. Show all posts
Showing posts with label munafik. Show all posts

Friday, July 22, 2016

Hanya HAIWAN yang akan menjagai HAIWAN kan kan kan


Lama sungguh blog aku ni ditinggalkan... Aku mulakan dengan tajuk Hanya Haiwan yang akan menjagai Haiwan... 


RUU355 - akta undang2 kekeluargaan Islam yang sedia ada... yang menggunakan undang2 yang dikutip dari akal siapa? otak siapa? Iman siapa??? Undang yang lebih hina hukumnya dari seekor HAIWAN...



Hukuman yang tidak Islamik berlindung di belakang MAHKAMAH SYARIAH... Orang Islam tersenyum, orang KAFIR ketawa dengan hukumnya... 

Apabila ada usaha untuk memartabatkan undang2 SYARIAH yang sesuai dengan ajaran ISLAM, RUU355 telah dipolimikan dan dipolitikan oleh mereka yang JAHIL tanpa ada sedikit tanggungjawab terhadap IMAN dan KEYAQINAN mereka terhadap Allah swt, Nabi saw dan Islam... Sampaikan kita tertanya2... apakah agama mereka???

Mereka disokong atas hujah logik yang didalangi oleh MUNAFIK dan KUFFAR yang sentiasa membenci ISLAM dari diletakan ditempat TERTINGGI yang sepatutnya...

Berbagai2 hujah akal dilontarkan bagi tujuan melambatkan, menangguhkan, malah menggagalkan ianya dilaksanakan...

1. Ulama kerajaan beralasan halus kononnya "Tak Kondusif..." 
2. Negara masih aman...
3. Negara berbilang kaum...
4. Masyarakat berbilang kaum...
5. Nak jadi ISIS, Daesh, Al Qaeda bagai...

Pejuang2 Melayu (tak kegha la yang JAHIL atau yang berilmu Islam), masih kuat berpegang dengan kata2 hikmat "Tak kan Melayu Hilang Di Dunia" seolah2 Melayu tu :
  i. Melayu tak kena soalan kubur...
 ii. Melayu tu semua ke syurga Allah dengan mudah...
iii. Asal Melayu jer adalah Islam (ikut kitab Lord Reid edisi Malaysia)... 


iv. Penyatuan Melayu menyebabkan Islam semakin lemah dinafikan...

Si JAHIL dan si KEPENTINGAN diri pula memberikan alasan yang lebih BANGANG dari si BODOH untuk menyesatkan, mengelirukan dan mencelarukan rakyat yang dijauhkan dari ilmu2 Islam... seperti :


"Kita dapatkan dulu Putrajaya, baru kita laksanakan hudud atau RU355"
Jangan HINA agama kamu lebih HINA dari seekor HAIWAN...

Saturday, August 24, 2013

KUDETA TAHAN 75 LAGI AHLI IKHWANUL MUSLIMIN

Memang ianya peristiwa yang berulang pada masa tertentu di tempat2 tertentu. Perjuangan menegakkan kalimah Tauhid amat tidak disenangi oleh musuh2 Islam. Musuh2 Islam terdiri dari Kuffar, Munafiq, Fasiq dan Juhalak akan bergabung untuk memusnahkan perjuangan suci ini. 

Ikhwan Muslimin pernah diHARAMkan sejak 30 tahun dahulu. Ikhwan Muslimin yang membantu Mesir mengundurkan tentera Israel dalam peperangan Mesir-Israel 1967 sehingga memaksakan Amerika Syarikat memaksa Mesir bersetuju menerima Pemeterian Camp David dengan menghapuskan hutang Mesir sebanyak US70B.

Apakah tindakan Kudeta Al-Sisi akan memberikan kesan yang sama panjang tempohnya atau lebih???

Apakah tindakan Kudeta Al-Sisi akan melahirkan ramai generasi Illuminati yang menjadi tentera Kuffar menentang agama sendiri???


Di Malaysia juga pernah dilakukan sedemikian laku. Seandainya ianya berlaku di Malaysia, pejuang Islam mesti membeli dengan harga yang mahal. Islam akan kembali “ghurabak”.

KAHERAH - MESIR - Pasukan keselamatan Mesir menahan 75 lagi anggota kanan Ikhwanul Muslimin di Kaherah.

Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara, Mohamed Ibrahim berkata, tangkapan bersepadu itu dilakukan bagi menghalang rancangan anggota Ikhwanul dan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi untuk terus melakukan demonstrasi mega di beberapa wilayah di negara itu.


“Kami akan melakukan operasi pembersihan ahli Ikhwanul sehingga semuanya ditahan. Mereka adalah ancaman buat negara dan keselamatan awam,” katanya dipetik Press TV


Menurutnya, kesemua mereka ditahan didakwa mengikut tuduhan hasutan hingga mencetuskan keganasan.


Ahli ditahan antaranya, Syeikh Baha Saber, Ustaz Khalid Yusuf, Al Haj Jaudah Muhammadain dan pegawai kanan di Kementerian Kehakiman Ustaz Majdi.


Kelmarin, empat pemimpin kanan kumpulan itu ditahan termasuk jurucakap rasmi Ahmed Aref dan pada 20 Ogos lalu pasukan keselamatan menahan Musyidul Am Mohamed Badie di utara Kaherah.



Sementara itu, sebelum ditahan Ahmed Aref dalam laman Facebooknya menyatakan, ‘Penangkapan di kalangan pemimpin Ikhwanul tidak memberi kesan kerana kami dan rakyat Mesir menolak rampasan kuasa. Kami mengulangi isu ini bukan politik atau berkaitan dengan parti, tetapi urusan negara yang diatur dan dirancang oleh kumpulan lain’. – SOL –

Friday, June 28, 2013

SPR: DAKWAT LEBIH BAIK UNTUK P'RAYA KECIL K BESUT



Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suruhanjaya itu akan menggunakan dakwat kekal yang lebih baik dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Laporan Sin Chew Daily di lamannya hari ini menyebut demikian dengan memetik kenyataan Wan Ahmad.

Penggunaan dakwat tersebut menimbulkan kontroversi apabila terdapat pengundi yang berjaya menanggalkanya dengan mudah ketika pilihan raya umum 5 Mei.

Isu berkenaan kini menjadi antara perdebatan utama di Dewan Rakyat apabila seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal itu digantikan dengan bahan pewarna makanan.

Shahidan juga menjelaskan bahawa, nama syarikat pembekal tersebut tidak boleh didedahkan, didakwa atas sebab keselamatan.

Sementara itu, seorang lagi menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga menjelaskan, dakwat tersebut tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat. 

Blok pembangkang pula masih belum berpuas hati dengan penjelasan kerajaan dan mengancam untuk mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat tersebut.


MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa syarikat pembekal dakwat tersebut bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman dan dana untuk membekal bahan tersebut.– MK –