Pages

Saturday, January 28, 2012

SAYA DI CULIK, SIMPATI LALU KE KABINET… HUK HUK HUK….


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



SAYA DI CULIK, SIMPATI LALU KE KABINET… HUK HUK HUK….

Alasan untuk memancing undi pada pilihan raya umum akan datang bukan sebab utama kerajaan BN membantu menyegerakan projek pangsapuri Residensi Bistaria dekat Hulu Klang yang terbengkalai sejak sembilan tahun lepas, kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata perkara itu telah dibawa ke Kabinet pada 2010 dan ia mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kerajaan BN hanya mahu membantu rakyat dan bukan tunggu semasa pilihan raya sahaja kerana pihak kami telah membantu rakyat setiap masa, malah perkara ini kami sudah terima sejak 2010, jadi ada pilihan raya ke, tiada pilihan raya ke, kita akan terus akan memberi pembelaan kepada rakyat, katanya selepas merasmikan majlis penyerahan kunci blok pangsapuri berkenaan semalam.

Kira2 500 pembeli pangsapuri Residensi Bistaria menerima kunci rumah selepas menunggu sejak 2003.

Noh berkata projek perumahan terbengkalai itu dimaklumkan kepadanya pada Julai 2010 ketika beliau mengadakan lawatan rasmi ke pasar tani di Taman Melawati.

Pada masa itu, saya tidak ada jemputan, saya pun tidak tahu yang pembeli sedang berpiket, saya telah di'culik' untuk dibawa ke sini lalu simpati dengan masalah pembeli dan berjanji untuk membawa perkara ini ke Kabinet, katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga berjanji membantu penduduk yang berdepan masalah dengan bank berikutan rumah mereka terbengkalai dan membawanya ke Kabinet.

Bank tentu ada peraturan tersendiri, mungkin ada perjanjian pinjaman yang perlu diketahui oleh pembeli, jadi saya faham pihak bank sebenarnya bertindak mengikut perjanjian, katanya.


HA HA HA HA ... MENTERI YANG JADI KETUA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR TAK TAU APA BERLAKU DI SELANGOR???? HA HA HA PELIK TAK??? TAK PELIK LANGSUNG... MEMANG ITULAH CONTOH AMANAH YANG MEREKA AMBIL BERAT PUN... BUKAN MEREKA CARI... RAKYAT KENA CARI MEREKA...

DARI TAHUN 2003??? BARU LAGI KOT... MUNKIN ADA YANG LEBIH LAMA KOT... BIASA LA... MEREKA SEBOK... SEBOK MACAMANA NAK ATURKAN PINJAMAN LEMBUZAT RM250 JUTA ... HE HE HE




No comments:

Post a Comment