Pages

Sunday, December 9, 2012

KEMBARA OREN LEPASI JERAT PROVOKASI UMNO


KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.

Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan.

“Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.

“Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen2 Barisan Nasional,” ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.

Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen2 Barisan Nasional.

Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil.

“Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen2 BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda.

“Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat ‘sekatan’ dengan ‘perisai manusia’ berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu.

“Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja,” jelasnya dengan nada kecewa.

Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata2 provokasi.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang.

Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.

Sumber

PEMUDA PAS LAPOR POLIS - WANG SERI TEMI DIROMPAK




PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno.

Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin.

D
alam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno.

Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta.

S
elain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64.

D
uit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150.

S
elain itu duit turut digunakan untuk:

1)
Membeli kemeja T dan wang saguhati kepada aktiviti konvoi Pemuda Umno padang Terap sbeanyak RM4 ribu.

2)
Meberi sumbangan RM5 ribu kepada Umno Cawangan Padang Kerasak

3)
Menaja kalendar Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak RM8 ribu

4)
Pemasangan billboard mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

5)
Sebanyak RM10 ribu dikeluarkan untuk membiayai lawatan sambil belajar Pemuda Umno Kedah

6)
Lawatan sambil belajar Puteri Umno Kedah sebanyak RM5 ribu

7)
Menyumbang sebanyak RM200 ribu kepada Umno negeri

8)
Membayar sewa khemah dan meja untuk mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

9)
Membeli tudung untuk Puteri Umno RM20 ribu

10)
Membayar sebanyak RM21,700 untuk tujuan makan minum mesyuarat Umno Padang Terap


Sumber