Pages

Saturday, January 14, 2012

ANWAR CABAR NAJIB BERDEBAT


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




ANWAR CABAR NAJIB BERDEBAT

ALOR SETAR, 14: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat secara terbuka dengannya tentang dasar negara.

Perdebatan tersebut boleh diadakan pada bila-bila masa jika dipersetujui oleh Najib bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai dasar negara ini.

Menurut Anwar, negara ini kini ternyata sedang berhadapan dengan sistem nilai dengan satunya dibawa oleh BN dan satu llagi yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sistem nilai yang dibawa oleh BN ternyata terarah kepada penindasan terhadap rakyat, manakala Pakatan Rakyat pula untuk membawa negara ini keluar dari dasar-dasar seperti itu.

“Disebabkan pertembungan sistem nilai itu, bidang kehakiman di negara ini tetap tidak bebas dari campur tangan pihak pemerintah,” katanya ketika berucap pada sesi Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.

Walaupun beliau telah dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu, ia tidak boleh dijadikan lambang kebebasan bidang kehakiman di negara ini.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan saya itu hanyalah satu keputusan kecil. Ia bukan lambang bagi seluruh sistem kehakiman di negara ini,” tegasnya.

Begitu juga, tambah beliau, dengan cengkaman dan penindasan Umno BN terhadap rakyat dalam aspek2 lain selama ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Umum PKR mendesak Najib membuktikan kebenaran di atas kenyataannya bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi terbuka dengan memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa Najib memberikan kebebasan kepada media agar tidak menjadikan media di negara ini tidak seperti media di Mesir ketika berada di bawah pemerintahan Mubarak.

“Najib juga mesti memastikan institusi pemerintahan di negara ini termasuk bahagian pencegahan rasuah, polis, jentera kerajaan berwibawa dan profesional,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment