Pages

Thursday, January 26, 2012

‘HASAN ALI SEPATUTNYA “TEMPUR” KELAB TAAT SUAMI’


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




HASAN ALI SEPATUTNYA TEMPUR KELAB TAAT SUAMI



Dewan Muslimat PAS Selangor menyindir bekas exco hal ehwal Islam Selangor Datuk Dr Hasan Ali supaya 'bertempur' dengan Kelab Taat Suami (KTS), dalam usahanya mempertahankan akidah.

(Dengan mereka) Dr Hasan Ali bertempur sepatutnya kalau nak perjuangkan akidah, bukan hentam PAS, sindir ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan.

Wan Hasrina berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai pendirian PAS negeri berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) terhadap Kelab Taat Suami yang menganjurkan forum Rasullullah Tokoh Seks Suci Islam baru-baru ini.

Sebelum itu, pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman berkata pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan kelab berkenaan menjadikan Rasulullah SAW sebagai tokoh seks.

Ianya mengarut, katanya yang juga ADUN Meru.

Beliau juga berharap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memainkan peranan menangani isu ini dengan, jika ianya berlangsung di negeri itu.



SUMBER







1 comment:

  1. akhlaQ penganjur menggunakan rasulullah sebagai yg tertuLis ##### bagi saya tidak sopan terhadap rasul, dan terhadap aLLah,... 'betul tak betul' tak cerdek kita bincang,....tajuk itu perlu di tukar kepada>>>satu model/contoh suami terbaik kepada isteri2 ...atau terserah pada tuan-tuan judge.....satu contoh!!! ....1). kalau dalam masjid kita sebut: senjata orang lelaki, alat orang lelaki, .....2).kalau dikedai kopi semasa ada ada orang tua2 kita sebut: mintak maap laa, kita nak sebut gini2gitu agak kasar dan buruk ....3) kalau berbual sama sebaya, yg kita dah biasa bergaul mungkin kita langsung direct translation seperti ....pe####lir, buah pe#Li#aQ...ikut u orang nak judge m/mana...niat kamu juga penting..

    ReplyDelete