السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur menerjah' rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger.
Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.
"Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0.
"Kami beri masa selama dua minggu. Jika Ambiga tidak respons kita tidak akan mendirikan lebih banyak lagi gerai di sepanjang jalan ini," katanya pada sidang media hari ini.
Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.
Turut hadir dalam protes hari ini ialah beberapa orang wakil daripada Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman.
Selain itu, Ridzuan turut mendesak agar Majlis Peguam dapat memberi kenyataan berhubung siapakah individu yang bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi dan pampasan terhadap peniaga di sekitar Kuala Lumpur.
Menurut Ridzuan lagi, beliau turut mendesak agar semua pimpinan yang terlibat dengan BERSIH didakwa di mahkamah dan tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya.
"Kita mahu mereka didakwa di mahkamah. Saya juga nak mereka tak boleh bertanding pada pilihan raya.
"Kalau betul sebagai pemimpin nak berjuang untuk rakyat, bela nasib peniaga ini. Kami di sini datang untuk membela. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
"Kami juga desak agar peniaga semua jangan mengundi pemimpin yang terlibat dalam BERSIH," katanya lagi sambil menyifatkan bahawa segala kerugian yang dialami adalah berpunca daripada perhimpunan BERSIH dan kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sementara itu, pemilik Ali's Burger, Sujadi Kartimin yang membuka gerai di depan rumah Ambiga berkata, semasa perhimpunan Duduk dan Bantah itu, beliau kerugian kira-kira RM1,000.
Katanya, beliau yang telah mula berniaga di situ sejak tahun 1986 berkata, kebiasaannya, perniagaan burger miliknya memperolehi keuntungan sehingga lebih daripada RM2,000.
"Selalu saya jual burger di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga 20 beg roti. Tapi hari itu, saya rugi. Jadi, hari ini kita nak habiskan mana yang tak habis hari tu," katanya.
Sumber KLIK DISINI
Sehari RM1,000.. sebulan dah RM30,000.. kalau dah
Setahun RM360,000... BAYAR INCOME TAX KE TAK NI??? Memang lari dari bayar CUKAI pendapatan ke????? Dari tahun 1986 lagi dia ni lari dari bayar cukai pendapatan
Diantara lanun2 yang takut PR memerintah kerana tu menjadi kroni2 lanun juga.......
MMg betul dapat seribu...seribu rupiah agak nya....wakakakkaka...
ReplyDeleteKlu sehari 20 beg roti x 10=200 biji x rm2.50=rm500.dr mana dtg plak rm1000.00.x kan harga burger sebiji rm5 kot.mhl bebeno?oo lupa plak org umno byk yg x cerdik..jd x tau kira agaknya..
ReplyDeleteDia tak gheti nak kira... buat malu diri sendiri je... cam umno gak... tubuh 4/2/1988... kata dah 66 tahun... he he he
ReplyDeleteMereka ni sama jer dengan anjing-anjing upahan dalam perkasa dan jati...semuanya menari ikut rentak tuan mereka UMNOBN...Allah bagi akal bukan nak berfikir patutnya mereka ni dijadikan haiwan saja..ada otak tapi tak ada akal !
ReplyDeleteSapa suruh jual burger depan rumah Ambiga
ReplyDeleteJual la masa orang ramai kat Bersih dulu kan untung.
Kena paham la dya rugi sebab dya x mnega hari bersih tu.. Taat pada merintah la konon.... Bila ada yg cerita hari bersih tu untung berlipat kali ganda mula la nak sakit aty... ye la sapa suh x buka.... Lepas tu akibat sakit aty dya mula la wat cita yg dya rugi masa hari bersih tu mudah2an dya bleh kleam balik kerugian akibat kebodohan dya tu.... dalam masa yg sama boleh wat iklan free tentang gerai dya tu.... siap masuk telibesen, youtube, facebook dya pon bleh tumpang glamor.... hahaha mangkaq punya kati kaqat...
ReplyDelete