Pages

Friday, December 23, 2011

PEGAWAI 'SPR' KENA CEKUP POLIS


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


PEGAWAI 'SPR' KENA CEKUP POLIS


Seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pilihanraya ditangkap polis kerana terlibat dengan pemalsuan pilihanraya. Ini suatu berita yang jarang kita dengar kerana menurut SPR Malaysia semua proses pilihanraya di negara kita adalah telus dan professional. Benarkah begitu????




Tetapi perkara ini memang mustahil berlaku di Malaysia buat masa dahulu sehingga saat kini. Tetapi kita tidak tahulah pada masa hadapan. Apa yang pasti jika Kerajaan PR memerintah semua penyelewengan dan penipuan akan disiasat tidak kira siapa yang bersalah.


Namun sebenar berita penangkapan Pegawai Kanan SPR ini bukan di Malaysia tetapi di Filipina sebuah negara jiran yang jelas lebih demokratik dan telus berbanding Malaysia.

Media hari ini melaporkan bahawa Polis Filipina menahan bekas pegawai kanan pilihan raya negara itu atas dakwaan terbabit dengan pemalsuan proses pilihan raya bersama bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Bekas Pengerusi Pilihanraya Filipina, Benjamin Abalos, menyerah diri kepada hakim mahkamah perbicaraan wilayah Manila di kawasan pedalaman bandar Pasay dan kini ditempatkan di bawah tahanan.

Abalos menafikan dakwaan bahawa beliau memainkan peranan menentukan pilihan raya Senator pada 2007 bagi memastikan kemenangan ke atas calon yang memihak kepada Arroyo.(Perkara ini ada dimuatkan di dalam blog Cenangau juga)

Pada pandangan pembaca yang budiman agak-agaknya perkara sebegini boleh berlaku di Malaysia atau tidak.

Kita yakin jika perkara ini berlaku di Malaysia pilihanraya kita akan lebih bebas, adil dan telus.

KAT MALAYSIA??? MALAYSIA BOLEH KAN KAN KAN ...

BOLEH MAMPUS RAKYAT DIBUAT DEK BE END.....

2 comments:

  1. selagi takda yang kena tangkap kat malaysia ni, selagi tu takleh percaya yang memang SPR melaysia ni bagus ya?

    korang kata SPR malaysia tak telus, rasuah dsbnya...
    ada orang kata sebaliknya...dan setakat ni takda yang kena tangkap so ianya memihak pada yang kata sebaliknya dari korang...

    tapi tak, tetap gak main sedap jari menaip kata macam2...ikut cakap ketua...

    lepas tu ada hati kata orang lain kena cucuk hidung...ekekkek!!!

    ReplyDelete
  2. he he he ... SPR Malaysia ni telus laaa... Tengok Khir Toyo kan dah kena... 12 bulan tu... curi kat supermarket RM100 lebih tu pun kena lebih dari 12 bulan... he he he....

    SPR hebat... mahkamah hebat... semua telus melus.... kan kan kan.....

    ReplyDelete