السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
POLIS PUKUL, TAHAN AKTIVIS
MAHASISWA DALAM DEMONSTRASI DI UPSI
KUALA LUMPUR, 1 Jan — Beberapa
aktivis mahasiawa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengadakan
demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik telah dipukul dan ditahan polis
berikutan ingkar arahan pihak berkuasa agar bersurai awal pagi tadi.
Dikatakan 17 daripada
mereka telah ditahan sekitar jam 2 pagi tadi menurut peguam yang mewakili
mereka, Fadiah Najwa Fikri (gambar). Tambahnya, mereka masih lagi berada dalam tahanan
polis.
Koordinator “Lawyers
for Liberty”itu berkata, pihak pplis bertindak kasar terhadap mahasiswa
berkenaan, yang menyaksikan Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut
Kebebasan Akademik (Bebas) di hantar ke Hospital kerana tidak sedarkan diri.
“Mereka dipukul, ditendang dan ditumbuk. Menurut saksi, Safwan turut mengalami patah beberapa batang gigi.” Jelas Fadiah Najwa ketika dihibungi The Malaysian Insider. Cerita seterusnya......
No comments:
Post a Comment