السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
SISWI UPSI DIBUANG KOLEJ, TERIMA UGUTAN UNIVERSITI
Tanjong Malim, 2 Jan : Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Siti Nurul Piteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang
ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.
Menurutnya yang juga lebih dikenali Yuyu Luna di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.
Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).
“Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.
“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita
bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai
dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi
tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional
akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.
Buang kolej, diugut ‘bar exam’
Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu
Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang
dilihat tidak kena pada tempatnya.
Menurut
Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan di UPSI semester ini.
“Saya
memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi (gambar) untuk
di bar dari ambil ‘exam’..”
Dalam pada
itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas
arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan
mahasiswa.
Menurutnya
lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah
dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.
“Tindakan
so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan
“orang atas” yang berkepentingan atau pun “membalas dendam atas kederhakaan.”
“Bagi saya,
ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku.”
UPSI
sekat youtube, facebook
Sementara
itu, dalam isu berasingan, satu maklumat diperoleh menyatakan pihak pentadbiran
UPSI telah menyekat laman sosial facebook dan youtube daripada diakses warga kampus
berkenaan.
Kejadian
yang dilaporkan berlaku sejak petang semalam itu dinyatakan Pengerusi
Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq yang menerima beberapa aduan dan laporan
daripada penuntut UPSI.
“Saya
terima laporan mengatakan sejak petang semalam, warga UPSI tidak dapat buka facebook dan youtube.
“Saya yakin
semua itu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di perkarangan pintu masuk
UPSI pagi semalam.”
“Dan saya
gesa pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan terperinci atas tindakan
yang dilakukan.”, ujarnya dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment