السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ZUL NOORDIN: SAIFUDDIN 'TAK LAYAK' JADI TIMBALAN MENTERI
MP Kulim-Bandar Baru Datuk
Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk
Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas
jutawan George Soros berpotensi “memakan diri sendiri”.
Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".
“Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan,” katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.
Beliau mendakwa, isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu “bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan Negara”.
Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.
Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya “cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing”.
“Kami (NGO) bersungguh2 menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram,” katanya.
Saifuddin ketika ditemui
“Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka,” kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.
“Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.
Nampak sangat Zul Kulim ni dan NGO
pembodek2 bengong dengan hal2 politik. Saifuddin lebih berhati2 sebab dia tahu
Najib ada jumpa Soros, sebab tu dia bimbang dengan tembakan PR mengenai isu
Soros-Najib-Mahadey Kutti.
Saifuddin mempertahankan bosnya Aji Najib dari serangan Mahadey Kutti yang meroyan tanpa melihat kesan….
Zul Kulom ni siapa nak
kritik Timb Menteri??? Dia Cuma katak lompatan je… PRU13 nanti dia nak duduk
kat kolam mana??? Nak bertanding??? He he he kencing dalam tempurung… tengok
muka sendiri….
No comments:
Post a Comment