السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan memperbaharui semangat perjuangan parti
itu terutama di Pulau Pinang bagi merampas kembali negeri tersebut daripada
DAP.
Kata beliau, dengan cara itu
Gerakan mampu membuktikan parti itu merupakan sebuah rakan kongsi yang baik dan
berguna kepada Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, Gerakan serta parti komponen BN yang
lain tidak perlu takut memasuki gelanggang dan bertarung berhabis2an
pada pilihan raya umum nanti demi memastikan kejayaan BN.
Jelasnya, usaha itu perlu disertakan dengan
strategi yang baik serta kerja keras dan kerjasama di dalam parti serta dengan
komponen BN lain.
“Cabaran bukan waktu kita senang, tetapi cabaran
sebenar dan terbesar apabila kita bangkit ketika dalam keadaan tertekan dan
itulah yang akan kita lakukan,” katanya ketika merasmikan Persidangan
Perwakilan Nasional Gerakan, di sini hari ini.
Seruan Najib merangkap Pengerusi BN itu disambut
dengan tepukan dan sorakan bersemangat kira2 1,800 perwakilan
Gerakan yang hadir.
Katanya, usaha merampas kembali Pulau Pinang
daripada DAP boleh dilakukan berdasarkan rekod cemerlang Gerakan dan BN
memerintah negeri itu sebelum 2008.
Jelasnya, operasi pelbagai syarikat multinasional
seperti Western Digital dan Motorola di negeri itu bermula semasa era
pentadbiran BN manakala ada sesetengahnya berkembang secara kebetulan ketika
negeri itu diperintah DAP selepas 2008.
Dalam pada itu, Najib memberi jaminan Pulau Pinang akan kembali
ditadbir Gerakan sekiranya BN menang sekalipun jika strategi memerlukan calon UMNO ditampilkan melebihi
calon Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita telah lama mempunyai persefahaman itu dan akan terus memegang
kepada persefahaman tersebut,” katanya. – sumber –
INILAH PERKATAAN YANG CAI CAI UMNO DOK KATA “PAS TUNGGANGAN DAP” SEMATA2… HE HE HE… HENTAM SAJA LAH LABUUUUUUUUUUU…..
No comments:
Post a Comment