Pages

Tuesday, October 23, 2012

SYABAS YB LAJIM... BERKATA BENAR AMAT MENYAKITKAN....


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

LAJIM: LULUS KONTRAK ALAM FLORA KERANA 'BOS BESAR'                                             

MP Beaufort Datuk Lajim Ukin memohon maaf atas tindakannya meluluskan kontrak pembersihan kepada syarikat Alam Flora ketika menyandang jawatan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Berucap dalam ceramah yang dihadiri kira2 3,000 orang pada malam tadi, Lajim menceritakan bahawa beliau meluluskan kontrak berkenaan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya kena ikut arahan dari bos besar,” katanya yang turut mengaku bebas rasuah sewaktu beliau bersama BN.

Syarikat itu didakwa menjalankan tugas pembersihan sampah yang tidak sempurna di negeri Selangor bagi mensabotaj pentadbiran Pakatan di negeri itu.

Berikutan itu, kerajaan Selangor pada Oktober tahun lalu memutuskan untuk tidak menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam menerusi Alam Flora.

“Saya tak rasuah. Tiga bulan saya keluar Umno belum ada fail kena cari untuk saya.

“Kalau ada pun itu akan dibuat2 pemimpin Umno untuk memalukan saya sahaja," katanya yang mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat baru2 ini.

Dalam ucapannya itu, Lajim berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang2nya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak semalam.

“Kepada saudara2 di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara2 semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini,” katanya.

Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak.

“Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang2nya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang2nya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat.

Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu dalam bulan Jun lalu dan bertindak melepaskan semua jawatannya dalam Umno serta mengisytiharkan dirinya mesra Pakatan Rakyat hujung Julai lalu.

Beliau kini memimpin Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang berhasrat untuk menumbangkan pentadbiran BN di Negeri di Bawah Bayu itu.

sumber

No comments:

Post a Comment